
Wanita ni nampak bahagia. Baru dapat kereta katanya. Hitam berkilat, rim cun, “keyless entry”.
Tapi sayangnya, kereta tu dah pernah “nyawa-nyawa ikan” satu ketika dulu.
Dekat signboard tulis “LIKE NEW! FREE ACCIDENT!”
Ayat pun salah! “ACCIDENT FREE” LAH! Korang baca tak tu betul-betul? Dia tak tipu pun dia cuma main ayat.“Free accident”, pernah kemalangan, tapi ‘dihadiahkan’ kepada anda secara PERCUMA.
Kesian, ramai wanita macam ni jadi mangsa.
Tak tahu, tak sempat belajar, atau malas nak ambil tahu. Asal nampak cantik, terus percaya. Asal penjual senyum, terus serah duit. Asal kereta wangi, terus anggap kereta baik.
Hello, sis. Ini bukan beli handbag. Ini bukan pilih lipstik. Ini beli kereta. BERIBU duit melayang. Yang sis bayar tu bukan cuma installment, tapi juga risiko, kerosakan senyap, dan sejarah silam yang tak didedahkan.
Jadi perempuan bijak. Jangan sekadar jadi perempuan cantik. Bukan semua benda yang nampak ‘kilat’ tu jujur. Kadang, kilat tu datang dari bengkel bukan dari jaga yang baik, tapi dari kesan balut semula pasca remuk.
Sebelum beli kereta atau sebelum percaya bulat-bulat cakap penjual SCRUT dulu. Periksa dulu. Semak sejarah. Scan betul-betul.
Sebab zaman sekarang ni, penipuan bukan lagi pakai topeng. Kadang penipuan tu datang dalam bentuk “flyers” yang nampak meyakinkan dan senyuman yang “nampak ikhlas”.
Ingat! Nak beli kereta SCRUT Dulu!

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02H9UChi2CvdDQAGxi9RUBWxQXhxhei39424zraVTU4fYJs3jpyVjn66KX86bV3eetl