fbpx

Cerita pemilik kereta yang menjual kereta terpakai..

Admin
in Uncategorized
May 31 ·

Cerita dia macam ni. Semalam, SCRUT melancarkan produk terbaru SCRUT iaitu SUr (SCRUT Usedcar report). Maka, banyaklah komen-komen yang Uncle rasa menarik untuk Uncle kongsikan.

Antaranya yang ini. Kata saudara Hasif ini, ketika dia menjual keretanya, odometer perbatuannya (mileage) adalah 175,000 km. Namun, ketika dia ternampak keretanya itu dijual di kedai kereta terpakai, “mileage” kereta dia sudah bertukar menjadi 85,000 km.

Walaupun dia menjaga kereta tersebut dengan baik menurutnya. Namun, adakah perbuatan penjual kereta terpakai itu memusing odometer adalah sesuatu yang tidak salah? Beretika? Betul? Adakah ia perbuatan bermoral? Apakah nasih pembeli kereta yang menyangka “mileage” kereta tersebut baru 85,000 km.

Apa pun, Uncle nak nasihatkan sekali lagi. Kalau taknak kena tipu, pastikan buat semakan SUr. Rasa nak puas hati lagi, datang ke SCRUT, buat Sii (SCRUT integrity inspection). InsyaAllah, dengan laporan kami, pihak SCRUT sentiasa bersiap siaga untuk menjadi saksi di tribunal mahupun mahkamah untuk memberikan keterangan.

Hari ini SCRUT telah menyediakan hampir semua jenis laporan kereta terpakai.

1. SCRUT Auction Report Japan – Laporan kereta “recond” ketika ia dibida di Jepun.

2. SCRUT MOT Report – Laporan kereta “recond” yang di bawa masuk dari UK.

3. JRC – Japanese Registration Cerificate. Sijil pendaftaran kereta di Jepun.

4. Sii – SCRUT integrity inspection. Pemeriksaan kenderaan yang holistik daripada SCRUT. SCRUT bersedia hadir ke tribunal atau mahkamah untuk memberi keterangan.

5. SUr – SCRUT Usedcar report. Produk terbaru SCRUT yang mengumpulkan data-data laporan kemalangan dan pemeriksaan. Ia mesti digunakan sebelum membeli kereta terpakai.

Apa yang kami buat adalah untuk memastikan kapitalis jahat tidak boleh sewenang-wenangnya membuli dan menipu kita rakyat marhaen. Sudahlah kita sering ditipu janji-janji gopren dan boipren. Janji-janji politikus lagilah.

Gunakanlah usaha SCRUT ini supaya tidak ditipu. Ingat pesan Uncle,

“TAKNAK KENA TIPU BELI KERETA? #SCRUTdulu!”

😉
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02aVmy6txZqEGM5CASBcn9oFRn7VfhmAwFaxfghU4c4QeuEq8ntM9fwUa6ScMZcnicl
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with