Apabila enjin dihidupkan,normal untuk coolant level warning light menyala selama 1 atau 2 saat.Jika masih menyala,sama ada tahap kandungan coolant terlalu rendah ataupun terdapat masalah dengan sistem sensor.
Fungsi Coolant
Penyejuk kereta.Perlu ditukar setiap 40,000 KM atau sekurang kurangnya 2 kali setahun untuk mengekalkan fungsi nya.Terdapat juga sesetengah pengguna yang menggunakan air sahaja berbanding coolant ianya sangat tidak bagus untuk radiator kerana boleh berkarat dan tersumbat.
Coolant warning light menyala biru apabila anda menghidupkan kereta ialah peringatan bahawa enjin belum mencecah suhu yang sesuai untuk memulakan perjalanan jadi jangan tekan mesin dengan kuat,melakukannya ketika enjin sejuk dapat mengurang kan jangka hayat enjin kereta.
Selamatkah untuk memandu dengan coolant light menyala ?
Jawapannya adalah ia mungkin boleh merosakkan enjin kereta anda jika dibiarkan terlalu lama.Enjin yang terlalu panas boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada beberapa komponen berikut :
1.Head Gasket
2.Pistons and Valve Stem
3.Cylinder Head
Hubungi Kami:
01116222987
0342665556
Booking Online for SII :
SCRUT AUTO SDN BHD
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/185046309834221