Customer ni datang ke Scrut Auto sebelum ni sebab ada bunyi pelik kat bahagian depan.

Admin
in Real Story
Aug 28 ·

Kita buat shaker inspection, confirm absorber, stabiliser link, dan stabiliser bush semua dah worn out. So kita advise tukar.

Lepas tu dia pergi buat kat tempat lain. Tapi… dia datang balik, marah-marah, “You yang suruh tukar, saya dah tukar, kenapa masih bunyi?!”

Aduhai…

Kita pun cakap, “Kita check balik lah bro”

Bila check, rupa-rupanya ada ball joint lower arm bengkok, yang masa first datang dulu memang takde. Lepas tukar parts kat tempat lain, mungkin kena hentak masa pasang ke… kita pun tak tau

Macam ni pun boleh jadi tau… bunyi sama, tapi punca lain-lain.

Dah buat tempat lain, ada masalah baru… cari kita balik.

Rezeki sampai situ je kan, nak buat macam mana. Alhamdulillah dengan apa yang ada. Eh… ter-curahan hati pulak 😅

#ScrutAuto#DiagnoseDuluBaruRepair#JanganMainHentam#BallJointBengkok#SuspensionNoise#MechanicLife#TukarTapiMasihBunyi#FacepalmMoment#ShakerInspection#LowerArmBent#CheckBetulBetul

Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/pfbid0kwbe4qhm98Q9FgMfdwBWMu4VbbGq6wqsF9fdhZLEL2X1pe7PzgHd2HscEmXbdDLxl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with