Baru-baru ni aku ada tonton video boss SCRUT Aliff Ahmad. Aku dapati kupasan yang dia buat ni sangat bagus. Jadi aku lampirkan di sini.
Jadi, apa isu dia?
Dealer yang jujur makin susah nak hidup bila ada geng potong odometer dan jual kereta gred R dengan alasan diskaun.
Aliff Ahmad tunjukkan betapa busuknya permainan ni. Penjual jujur beli kereta yang betul betul elok dengan harga tinggi sebab nak bagi pelanggan kereta yang selamat dan berkualiti.
Tapi bila penjual lain beli kereta rosak, ubah odometer dan jual murah, pasaran pun jadi rosak. Pembeli pula tertipu sebab nampak harga diskaun padahal beli kereta yang dah pernah eksiden atau rosak teruk.
Inilah sebab kenapa pembeli kena pandai semak dulu sebelum percaya harga murah. Kalau kau nampak kereta harga dia pelik murah, itu bukan rezeki, itu perangkap.
Jadi korang kena fikir sebelum beli kereta recond atau terpakai. SCRUT dulu, sebelum tertipu.
#SCRUT #scrutcheckdulu #MindaSkeptikal #totalloss #BONGKAR #aliffahmad
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/2281860685663259/
You must be logged in to post a comment.