fbpx

Dilarang bodoh!

Admin
in Real Story
Jul 29 ยท

SCRUT bukan NGO, SCRUT juga tak kutip dana awam, SCRUT pun tak buka tabung orang ramai. Jadi SCRUT tak perlu tunjuk apa-apa untuk buktikan apa-apa kepada orang ramai.

Siapa taknak follow SCRUT, silakan. Siapa nak benci SCRUT, silakan. Itu pilihan masing-masing. Dunia kalian tetap tidak terjejas kalau tak membaca pandangan kami. Boleh unfollow hatta block SCRUT.

Apa bidang kuasa SCRUT? Bidang kuasa SCRUT adalah akal yang tuhan bagi. SCRUT diberi kuasa untuk berfikir dan tidak taksub. Itulah amanah yang SCRUT pikul. Memandaikan masyarakat supaya tidak ditipu dengan drama kebajikan, kopiah, jubah, kata dan tinta.

SCRUT diberi kuasa kekuatan dan keberanian untuk mendidik masyarakat supaya jadi cerdik. Kerana dengan bodoh, taksub akan lahir. Maka, masyarakat bodoh akan makin ramai. Makin ramai orang bodoh, masyarakat akan rosak. Negara jadi tak aman.

SCRUT adalah budaya. SCRUT adalah perjuangan. SCRUT mengajar masyarakat untuk skeptikal, bercakap dengan ilmu dan mencari kebenaran dengan fakta dan figura.

Di wall SCRUT, anda dilarang bodoh!

Ingat, dilarang bodoh!

SCRUT for the TRUTH!

Uncle Awang al-Sayanji.

Admin terhebat 2021

www.scrut.my

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1145956435889534

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with