fbpx

Evolusi penipu

Admin
in Real Story, SCRUT Tips
Sep 13 ·

Penipu ni makin lama, makin bijak. Diorang evolve. Itu sebab diorang tidak akan pupus.

Uncle nak bagi contoh.

Dulu, orang jual kereta recond, mana tunjuk inspection report. Hari ini, ramai penjual kereta recond pun letak inspection report. Ada yang dah di-edit siap untuk menipu.

Dulu, orang jual kereta recond, mana recognize kewujudan SCRUT. Hari ini, banyak penjual kereta recond tunggang nama SCRUT. Guna dalam iklan digital, ada yang siap gantung nama SCRUT di kedai buat “tangkal” pelaris barangkali. Itu pun ada yang kantoi menipu edit report SCRUT.

Dulu, orang jual kereta terpakai (second) tak sembang cerita kena beli report, bawa pomen, buat inspection. Hari ini, ramai dah penjual kereta terpakai cerita. Tapi, dia benci SCRUT. Kenapa?

Dulu, susah nak nampak kereta terpakai mileage lebih 100,000 km, hari ini dah boleh jumpa. Dulu, penjual tak kecam penjual kereta yang lain. Hari ini dah ada. Tapi, dia pun benci SCRUT. Kenapa?

Dia begini, itulah dia “masking trick”, penipu kena tunjuk yang dia steady. Hakikatnya, dia masih penipu. Cuma tak tunjuk sangat je. Dia kena pakai topeng sikit.

Seperti penipu sparepart, dia memang ada jual barang original, tapi dalam masa yang sama dia sulam dengan barang celup. Disebabkan penipu tu jual barang original juga, mangsa sangka barang celup pun original.

Penipu jenis ni kalau terkantoi dia akan salahkan supplier dan refund. Kalau tak kantoi. Dia senyum lebar. Yang untung banyak jual barang celup harga original kan. Itu yang buat dia untung lebih.

Sama juga dengan penjual kereta penipu hari ini. Dia ada jual kereta elok. Yang elok dia canang. Yang tak elok dia sulam. Itu margin besar. Yelah, beli murah, jual harga elok kan.

Itu sebablah, apa-apa pun kita kena SCRUT dulu!

Itu sebablah, SCRUT tidak boleh memuji atau iktiraf mana-mana penjual kereta atau kedai jual kereta. Sebab SCRUT taktau dalam 1 bakul berapa kereta elok, berapa tak elok.

Jadi, taknak kena tipu, SCRUT dulu!

😉

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02MDMitmDZtHqwMGAuxVhX6CPcAMwd6w4MGiETwfQf6xPvgwfQKZ1w1gdqLTs4qyhVl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with