Ini kali admin akan tulis dengan penuh emosi. Jangan risau, hanya emosi, tidak akan jadi anak derhaka mahupun TB.
Kisah event drift ini dibatalkan adalah disebabkan katanya mendapat komplen daripada entiti yang menuduh kaum drifter yang merosakkan track Kampung Gajah.
Benarkah?
Jawabnya tidak. Ia dusta belaka.
1. Semenjak track itu diturap balik, tidak pernah ada sekali pun event drift selepas itu. Jadi bagaimana kaum drifter boleh terjebak dan dipersalahkan?
2. Kalau dilihat dari “tyre mark” yang ditinggalkan, takda pun rupa dari kereta drift. Untuk pengetahuan adik-adik sekalian, kalau kereta drift, load hanya di tayar belakang, tayar depan untuk control dan monouver. Maka tyre mark dia tidak rupa sebegitu.
3. Kerosakan pada racing line juga membuktikan track itu tidak dikerjakan oleh kaum drifter. Sejak bila kaum drifter henjut dekat racing line?
Disebabkan fitnah terhadap para drifter, event tersebut telah diganggu dan dibatalkan. Jika hendak diteruskan, pihak penganjur diminta membayar RM15,000 deposit tanpa apa-apa guideline dan SOP yang baik katanya. Nampak macam nak hanguskan je deposit penganjur barangkali.
Jadi admin nasihatkan, buat kaum 2 tayar. Tak perlulah asabiyah sangat. Apa ni, 2 tayar, 4 tayar ni? Janganlah kita berperangai macam kaum langau hijau. Kita sama-sama orang motorsport. Kaum motorport bukan anak derhaka, TB dan kaki fitnah.
Admin mohon pemfitnah tersebut untuk tampil memohon maaf secara terbuka. Jika tidak, admin melalui kelab drift akan mengambil tindakan undang-undang.
Kaum motorsport ni kaum berakal, tak pandai memfitnah. Sebab mereka sentiasa SCRUT dulu.
SCRUT for the TRUTH!
Ditulis oleh,
Drifter Malaya
www.scrut.my | www.interepo.com
Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/672135586604957