FUNGSI :
Memindahkan bahan apii dari tangki ke enjin.
JENIS JENIS PAM :
1.Mekanikal
Pam mekanikal biasanya digunakan pada kereta kereta lama.
2.Elektronik
Pam elektronik banyak digunakan pada kereta kereta moden.Kebanyakkan pam elektronik akan diletakkan di dalam tangki bahan api kenderaan yang lebih dikenali sebagai pam kapal selam.
Ini kerana sifatnya yang mengepam bahan api dalam keadaan pamnya yang terselam dalam bahan api sekaligus menyejukkan pam tersebut sewaktu ianya berfungsi dan memanjangkan jangka hayat pam tersebut.
ANTARA MASALAH PAM BAHAN API :
1.Punca masalah pam bahan api rosak kebanyakkannya daripada tabiat pemandu yang sering menangguhkan pengisian semula bahan api walaupun lampu amaran bahan api telah pun berkelip.Apabila lampu amaran bahan api telah berkelip ia menunjukkan kandungan bahan api di dalam tangki adalah sangat rendah dan pam tidak lagi berada dalam keadaan terselam dan mengakibatkan pam berfungsi dalam keadaan yang panas jika ini sering berlaku ia akan mengakibatkan pam tersebut lebih mudah rosak.
TANDA TANDA PAM BAHAN API YANG ROSAK :
1.Enjin sering semput
2.Kurang kuasa tarikan apabila memecut
3.Enjin sering mati tanpa sebab
4.Enjin susah untuk dihidupkan walaupun batteri dan ‘starter’ dalam keadaan yang baik.
Hubungi Kami:
01116222987
0342665556
Booking Online for SII :
SCRUT AUTO SDN BHD
232,Lorong Auto Nibong Taman U-Than
Jalan Ampang 55000,Kuala Lumpur.
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/183752643296921