Absorber atau penyerap hentak berfungsi mengawal impak dan pergerakan spring dan suspension kenderaan untuk mengurang kan gegaran&lantunan.Absorber juga memastikan tayar kenderaan kekal menyentuh permukaan jalan dan memberi respon kawalan&brek yang baik daripada kenderaan anda.
Antara Tanda Tanda Absorber Perlu Ditukar
1.Kereta Melantun
Absorber yang rosak,longgar atau tersekat,tayar tidak mampu menyentuh permukaan jalan dengan betul dan menyebabkan pemanduan jadi melantun dan tidak selesa.
2.Badan Kenderaan Rendah Ke Depan Ketika Membrek
Absorber bermasalah jika setiap kali membrek menyebabkan bahagian depan kereta menjunam ke dalam.Lebih teruk,posisi kenderaan berganjak tanpa boleh dikawal dan itu sememangnya tanda yang menunjukkan absorber kereta bermasalah.
3.Stereng Bergerak Ketika Menempuh Angin Lintang
Jika anda perlu membetulkan arah stereng kereta ketika sedang memandu perlahan.Jika kereta selalu tidak lurus ataupun terpesong apabila melalui laluan yang berangin kuat menandakan absorber anda sudah rosak.
4.Stereng Gegar
Jika kenderaan bergegar semasa memandu atas permukaan jalan rata ini tanda serius tentang absorber yang rosak.Elakkan memandu laju kerana gegaran itu boleh menyebabkan kenderaan sukar dikawal.
5.Bunyi Detar
Absober diikat pada penyendat getah.Apabila getah telah haus,bunyi ketukan /detaran akan terhasil dari tayar yang menunjukkan sentuhan dengan permukaan jalan sudah tidak sekata.
Hubungi Kami:
01116222987
0342665556
SII Booking Online:
SCRUT AUTO SDN BHD
232,Lorong Auto Nibong Taman U-Thant
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/190064152665770