Semalam cucu Uncle kasitau Irwan Sanei ada komen dekat SCRUT. Dia cakap, Irwan Sanei ni popular dalam bidang automotif juga. Tapi Uncle tak kenal. Lepas Uncle baca komen dia, terus Uncle kata dalam hati,
“Mesti dia ni pun jual kereta..”
Sekali lepas semak silang. Benarlah sangkaan Uncle. Sangkaan orang “soleh” ni biasanya tak salah. Dia memang jual kereta.
Saudara Irwan Sanei,
Kalau tak “follow” isu harap jangan komen macam faham isu.
Kalau tak kenal SCRUT, jangan komen macam kenal SCRUT.
Komunikasi dan kematangan SCRUT sejak 2019 konsisten. Kami “indie”, “rebel”, “bold” dan “straigh forward”. Kadang-kadang humor dan suka “troll”. Inilah SCRUT sejak dulu.
SCRUT ada “class” tersendiri. SCRUT tak perlu jadi macam anda atau orang lain yang menjilat kapitalis jahat (terpaksa atau tidak) untuk kekal relevan. Mungkin anda juga salah seorang kapitalis mungkin yang baik tapi penakut.
SCRUT tak pernah koyak. Kalau SCRUT koyak, SCRUT dah tutup lama. SCRUT pernah diancam nyawa. SCRUT pernah disaman, naik turun mahkamah. Dek kerana kami menjadi benteng kepada masyarakat melawan kapitalis jahat yang menindas masyarakat? Bukan 1 kali, kes yang masih berjalan pun masih ada lagi.
Irwan Sanei pula buat apa? Tahap mana kesanggupan anda dalam perjuangan untuk masyarakat sambil berniaga? Atau anda sekadar hidup dengan seronok buat “content” yang indah-indah dan asyik-asyik. Sambil-sambil berniaga kereta. Anda hanya berniaga. Bukan berjuang. “Class” kita berlainan.
Kalau itu definisi “class” pada pendirian anda. Ia terpakai untuk anda sahaja. Pada SCRUT itu “the lowest class”. Jadi, kita berbeza. Jangan letak atau paksa orang lain letak “class” yang anda rasa kepada orang lain. SCRUT tak minat “class” seperti itu.
Tiada siapa lantik Jebon jadi wakil orang Melayu. Dia berniaga semata. Titik. Dia pun ambil dari “supplier” di Klang tu kalau tak silap. SCRUT tak pernah kisah kewujudan Jebon. Dia yang datang meroyan. Sampai hari ini dia masih datang. SCRUT kena melayanlah. Dia cuba jatuhkan reputasi SCRUT, SCRUT kena pertahan.
Walaupun SCRUT dibangunkan oleh anak Melayu. Tapi SCRUT tiada bangsa. SCRUT berbangsa kebenaran yang melepasi ikatan bangsa. SCRUT dilahirkan daripada ROH MARHAEN yang telah ditindas sekian lama. SCRUT tidak berniaga semata-mana nak cari untung. SCRUT memikul tanggung jawab sosial sekali.
Jangan disamakan jiwa SCRUT dengan jiwa Irwan Sanei atau Jebon. Irwan Sanei lahir dalam dulang emas. Anak orang ada-ada dan berada. Kerja dalam suasana tersusun rapi, bergaji tetap, memakai tali leher. Berniaga besar. Tak sama. Kita tinggal dan lahir dalam dua dunia berbeza.
Jangan disamakan.
Uncle tak pelik tiba-tiba Irwan Sanei nak bersuara. Selama itu tidak pun hadir bersuara. Sebab dia juga ada syarikat menjual kereta (second dan recond). Apa nak pelik. Memang asalnya penjual kereta takkan suka SCRUT. Cuma ayat “masking” dengan kata-kata indah konon suka.
Cuma Uncle tertanya-tanya, Irwan Sanei kan belajar di Jepun. Telah berniaga kereta lama. Kenapa dari dulu tidak mendidik masyarakat tentang auction report, “tampered” odometer, dan tipu “condition”. Kenapa ya? Rasanya setelah SCRUT lahir barulah semua ini meriah. Kan?
Orang kalau benar-benar suka, kekurangannya tidak disuarakan, tapi cuba dihargai dan diraikan. Macam Uncle, gopren Uncle macam comel macam Rossa. Walaupun bos Uncle kata dia katik. Uncle jawab,
“katik la best! Boleh timang-timang.”
Uncle tak suruh gopren Uncle jadi tinggi. Uncle tak suruh dia jadi apa yang bukan dia. Demikianlah SCRUT. Orang nak kata itu dan ini. Uncle akan jawab,
“Kami nak lawan kapitalis jahat, bukan kecil anak. Kalau buat cara skema, kena pijaklah. Ada sebab kami berkaraktor ‘samseng’. Mungkin kami kena buat 1 lagi ‘platform’ yang kami namakan ‘SCRLICK’ atau SCRUT LICK. Boleh berimej dan berkomunikasi koperat mengikut mazhab Irwan Sanei.”
Ah, Irwan Sanei takkan faham!
Kesimpulannya begini, kalau tak suka cara SCRUT, persembahan SCRUT, sistem SCRUT, UI/UX SCRUT, atau tak suka admin SCRUT. Tinggalkan jela SCRUT. Mungkin tak sesuai dengan jiwa kita. Setiap orang ada “preference” masing-masing. Rezeki pun masing-masing. Kan?
SCRUT tak pernah lagi jual kereta Honda accident total loss. Tipu masyarakat jual kereta “tampered”, atau tipu kondisi. Kasilah chance. SCRUT bukan musih anda. SCRUT bukan orang jahat..