يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.
(Surah al-Nisa: 29)
Syeikh al-Sa‘di ketika membahaskan mengenai ayat ini, menyebutkan bahawa Allah melarang para hamba-Nya yang beriman daripada memakan harta-harta di antara mereka dengan cara yang batil. Hal ini merangkumi harta yang dirampas, dicuri dan dengan cara perjudian. Malah boleh jadi termasuk juga dalam hal ini memakan harta sendiri dengan sombong dan berlebih-lebihan, kerana hal itu adalah termasuk dalam perkara yang batil dan bukannya daripada perkara yang hak. Setelah itu, Allah membolehkan bagi mereka memakan harta dengan cara perniagaan dan pendapatan yang tidak terdapat padanya penghalang-penghalang, dan memenuhi syarat-syaratnya seperti saling meredhai dan sebagainya.
(Lihat Taisir al-Karim al-Rahman, 1/175).
Diriwayatkan daripada Abu Bakrah Nafi‘ bin al-Harith R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ، وَأَمْوَالَكُمْ، وَأَعْرَاضَكُمْ، بَيْنَكُمْ حَرَامٌ، كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا، فِي شَهْرِكُمْ هَذَا، فِي بَلَدِكُمْ هَذَا
“Sesungguhnya darahmu, hartamu dan kehormatanmu terpelihara antara sesama kamu sebagaimana terpeliharanya hari ini, bulan ini dan negerimu ini.”
Riwayat al-Bukhari (67) dan Muslim (1679)
Hadith ini menunjukkan bahawa haram mengambil harta orang lain secara batil walaupun dengan kadar yang sedikit.
(Lihat Minhah al-Allam,6/323)
Asas kepada hukum jual beli adalah harus, saling redha meredhai. Apabila kita telah mengakui kesalahan menjual barang tiruan. Aqad yang redha meredhai tersebut telah terbatal.
Yang menipu patut bertaubat dan memulangkan kembali hak mangsa yang ditipu. Demikianlah Islam menjaga integriti dan hak jual beli.
Faham tak?
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid091tgCkYgwXKUJYsaLgbywk6pnWiJfBmDBxhmTUhdViHSbTPNudBT1bjwvEj4VhCql