SCRUT ni jenama rakyat. Jenama yang lahir dari roh marhaen yang ditindas. SCRUT ni hero rakyat, wira masyarakat. SCRUT dah banyak ubah industri automotif tanah air.
Siapa tak setuju. Sudah. Jangan baca. Uncle nak teruskan.
SCRUT AUTO (www.scrutauto.com)
SCRUT sekarang ni selain jual report, lawan orang jahat, SCRUT juga ada SCRUT Auto. SCRUT Auto ni workshop yang menjalan Sii (SCRUT Integrity Inspection) selain repair dan service, sebuah program inspection yang exclusive milik SCRUT. Kepercayaan yang diberi oleh rakyat kepada Sii ini sangat membanggakan sehingga kereta-kereta daripada bandar-bandar jauh sepeti Penang, Kota Bharu dan JB juga dihantar ke SCRUT Auto yang terletak di Ampang, KL.
SCRUT Auto telah menjadi permintaan ramai di setiap pelusuk negara. Uncle mencadangkan rantaian (chain) SCRUT Auto diwujudkan di setiap kawasan parlimen dan dun. Kalau boleh dekat dengan para penjual kereta recond dan used car. Senang para pembeli nak buat inspection sebelum beli.
SEPANA (Sepana.net)
Bila dah ada workshop, pastilah kita perlu manage dengan baik. So, SCRUT telah bangunkan SEPANA sebagai software SAAS (Software As A Service) yang telah diuji dan digunakan di SCRUT Auto dengan jayanya. Sepana adalah workshop management sofware/apps yang dibangunkan untuk mengurus workshop dengan baik.
Tahukan korang yang kebanyakan workshop sebenarnya tidak buat duit kerana masalah pengurusan workshop dan kewangan. SEPANA ini didesign oleh CEO SCRUT Auto, Tuan Azalan Ali, seorang bekas pomen profesional yang dah masuk ke level pengurusan. So, dengan pertambahan bilangan SCRUT Auto nanti, Sepana akan dapat membantu menguruskan workshop-workshop yang terlibat.
Dalam masa yang sama, Uncle yakin SEPANA ini boleh dijual ke peringkat antarabangsa. Hanya perlu modal marketing sahaja. Kerana tiada software workshop management yang sebaik SEPANA setakat. Itulah alasan kenapa boss Uncle develope. Kalau dah ada, mereka takkan develope, kerana prinsip mereka never re-invent then second wheel.
SCRUT Listing (scrut.my/listing)
Sekarang ni SCRUT dah buat listing untuk kereta-kereta yang ada SCRUT report dan dah buat Sii. Kalau kita push marketing, rebrand sikit, rasanya boleh lawan listing-listing kereta yang ada ni. Sebab niche SCRUT Listing adalah kereta-kereta ada kualiti.
SCRUT Academy
Sekarang ini pun memang SCRUT Auto ada buat training. Tambahan pula boss-boss SCRUT Auto yang jaga teknikal ni bukan kaleng-kaleng. Semuanya berpengalaman luas dan level specialist. Uncle cadangkan dibangunkan SCRUT Academy bagi menyediakan human resource untuk menjaga workshop-workshop SCRUT Auto yang akan dibuka nanti. Selain itu, ia juga boleh melahirkan skill worker dan revenue kepada syarikat.
SCRUT Supply
Since dah ada workshop dan banyak cawangan. Kita sudah ada volume power. So, SCRUT boleh memecahkan monopoli cartel spareparts ini.
SCRUT Road Assist
Dengan jumlah human resource yang dihasilkan oleh SCRUT Academy dan workshop yang banyak. SCRUT Road Assist dapat dijayakan dengan mudah. Tak gitu?
SCRUT Specialized Workshop
Yang ini Uncle cadangkan supaya SCRUT invest di sini supaya SCRUT sentiasa dapat ikut teknologi-teknologi baru yang dikeluarkan oleh jenama-jenama kenderaan di dunia seperti Honda, Toyota, BMW, Merc.
SCRUT Car Leasing
Ini cadangan Uncle je since ramai orang tak suka pakai nama sendiri. Leasing ni solution lah. Since zaman la ni, trend leasing atau rent to own dah famos dekat europe. Alah, macam Coway Cookoo. Boleh bincang lagi.
SCRUT Auction & Bidding
Ini sebenarnya idea asal SCRUT, buat direct import. Sendiri masuk auction, sendiri bidding. Cuma Uncle nak cadangkan untuk buat local auction and bidding juga. Ok tak?
SCRUT Used Car & Recond Car
SCRUT sendiri jual kereta yang baik kepada mereka yang percayakan SCRUT. Apa-apa masalah SCRUT sendiri bagi warranty. Dah kata workshop ada seluruh pelusuk tempat.
SCRUT Insurance & Warranty
Kalau parts kita dah control, workshop ada banyak, modal dah besar. SCRUT boleh collab or buat sendiri pakej insurance & warranty.
Korang rasa kalau Uncle propose dekat korang, korang bite tak? Kalau korang bite, baru Uncle berani nak propose secara serius dekat boss-boss Uncle?
Tolong komen, niece and nephew!
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1247771149041395