“Isteri saya hampir pengsan bila tahu kereta dah beli ni rupanya‘Total loss’!”

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Jan 13 ·

Hampir setiap hari PASTI ada orang mengadu dengan aku kereta yang dibeli atau hampir terbeli pernah ada sejarah “total loss”. Hancur remuk hati!

“Ya Allah kenapalah masih ada orang yang sanggup menipu dan tidak fikir bahaya kepada orang lain hanya dengan keuntungan yang tidak berbaloi”. Aku bisik dalam hati.

Kenapa aku jadi emosi?

Sebab kebanyakkan yang mengadu ni orang tua dan bukanlah dari kalangan T20. Mereka cari duit dengan hasil titik peluh dan beli kereta tapi kena tipu. Ada yang baru je pakai dah rosak sana sini.

Skrip dari penjual kereta yang tahu kereta dia “total loss” ni adalah insurans kena ambil dengan dia, tak boleh perbaharui insurans sendiri. Itu je dah “red flag”.

Dia bagi ‘’manis-manis’ lagi dengan “smart warranty” lepas tu bila nak “claim” macam-macam alasan. Akhirnya, pemilik kena keluarkan juga kos sendiri untuk baiki.

Aku kadang-kadang rasa nak tolong percuma je untuk kes Tribunal sebab aku rasa geram dan nak ajar penjual kereta yang menipu ni.

Kita menang, satu kepuasan kerana dapat bantu dan menegakkan keadilan untuk mangsa.

Jadi tolonglah selepas ni sebelum ni kereta semak dahulu sejarah kereta berkenaan.

Boleh tak buat macam tu?

#scrut#keretakemalangan#scrutdulu#broscrut#kemalangan

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02LTjGMF46HdXyUmFNh9QN73jecNQnqHEJikkUuhESjX2px77xzv8bVFTwq8sSNQRhl

    Leave a Reply
    created with