Perkara ini telah dijawab oleh Dr. Ninie, seorang pegawai perubatan kanan ATM. Bahkan hal yang sama juga disambut oleh Dr. Marlia, seorang vateriner yang menyokong penuh kenyataan Dr. Ninie.
Kata Dr. Ninie, ATM tidak menggunakan Ivermectin. Dr. Marlia punya mengesahkan untuk haiwan pun kena ada simton cacing baru diberikan kepada haiwan. Maka jelaslah Ivermectin tidak boleh digunakan sesuka hati oleh manusia.
Ya, wujud research paper yang mengatakan boleh digunakan. Tetapi data masih tidak cukup. Baru-baru ini, terdapat beberapa individu yang keracunan kerana Ivermectin. Nak baca research paper/journal ada manhaj dan metodologinya.
Itu sebab Quran suruh tanya ahlinya. Rujuk ahli. Ahlinya sahaja yang tahu nak tafsirkan. Ahlinya saja yang faham dan boleh mengenalpasti kelemahan sesuatu hujah. Ingat sains perubatan macam kutip hutang ahlong?
SCRUT for the TRUTH!
Uncle Awang Da Great
“Biar diam tapi berisi, jangan bising tapi bodoh.”
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1160434414441736