MASALAH KERETA BERGEGAR BOLEH BERPUNCA DARI MASALAH ENJIN
Gegaran enjin boleh berpunca daripada bahagian enjin disebabkan tidak cukup suapan udara, bahan api atau percikan api yang diperlukan untuk membolehkannya bergerak lancar.
Simptom yang menunjukkan gegaran berpunca akibat masalah enjin dapat dikesan menerusi:
1.Kereta bergegar dan bergetar (jerking) semasa memecut.
2.Kereta bergegar ketika melalui jalur derum (rumble strip) atau garisan kuning atas jalan yang digunakan untuk memperlahankan halaju kenderaan dalam kelajuan tertentu.
3.Kereta dapat dihidupkan dan dipandu dengan baik buat seketika sebelum gegaran berlaku.
Penyelesaiannya :
1.Menukar palam pencucuh (spark plug) lama kepada baru.Jika masih elok, periksa wayar palam pencucuh sama ada ia disambung dengan baik atau perlu diganti.
2.Penapis udara kotor atau penapis bahan api tersumbat boleh menyekat kemasukan udara atau bahan api mencukupi ke dalam enjin dan pastikan kedua-duanya diganti mengikut saranan standard pengeluar.
Hubungi Kami :
01116222987
0342665556
Booking Online for SII :
SCRUT AUTO SDN BHD
232,Lorong Auto Nibong Taman U-Thant
Jalan Ampang 55000,Kuala Lumpur.
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/178543440484508