“Jahanam punyaA ‘salesman’ boleh gelakkan pembeli macam tu je?”

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Oct 28 ·

Takkanlah ada penjual kereta yang jenis tak berperikemanusiaan boleh tergelak sakan lepas jual kereta bekas kemalangan pada pelanggan yang langsung tak tahu apa-apa?

Takkanlah ada manusia yang sanggup tengok orang lain termenung kecewa selepas SCRUT di www.scrut.my laporan kemalangan kereta dia? Gelakkan pula tu.

Inilah realiti bila nafsu beli kereta lebih laju daripada akal nak menyemak latar belakang.Penjual kereta tu, mungkin dia rasa dia menang.Menang tipu.

Menang untung atas air mata orang lain.

Menang sebab dia tahu pelanggan tak semak apa-apa, tak tahu beza kereta cantik luar dengan kereta “kosmetik” hasil dari bengkel “ajaib”.

Tapi yang kalah, pembeli. Yang simpan cita-cita nak bawa anak dan suami jalan-jalan dengan kereta baru.

Tapi akhirnya, bawa kereta masuk bengkel, keluar bengkel, ulang semula.

Kawan-kawan, ini bukan cerita baru.

Dah ramai kena. Dah ramai yang jadi ‘bahan gelak’ bila percaya cakap penjual tapi tak semak kereta betul-betul.

Nak elak jadi macam ni? Nasihat kami satu je,

SCRUT dulu.

Jangan biar diri jadi watak sedih dalam gambar orang lain.

Jangan biar penjual yang tak jujur menang lagi.

Dan paling penting, jangan ulang kesilapan yang boleh dielakkan.

Kereta tu mungkin murah, tapi harga air mata tu mahal.

#scrutdulu#scrut#scrutdulusebelummenyesal

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0yTmYqVC1X2rZ5hoH75fiKn4N58FVUTgLBaAMRyduAyF5duCw8Xuhs81RyDref1wYl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with