fbpx

Jangan buat benda ni kalau tak nak kereta rosak

Admin
in Real Story
Aug 6 ·

Siapa yang ada tabiat-tabiat ni memang boleh rosakkan kereta. Kereta ni kita nak pakai untuk jangka masa yang panjang. Kena lah jaga kereta dengan baik!

1. Abai lampu ‘Check Engine’ menyala

‘Check Engine’ menyala boleh berpunca lebih dari satu masalah. Bila menyala maksudnya ada kekurangan atau ada sesuatu tak kena dengan sistem enjin.

Kita kena guna alat diagnosis khas untuk periksa dan tahu masalah kereta pulak.

2. Tak periksa atau tukar minyak pelincir dan penapis

Ada banyak jenis minyak pelincir yang kereta perlukan untuk lancarkan operasi serta untuk jaga sistem kereta seperti minyak gear, steering kuasa dan enjin.

Kita perlu periksa secara berkala atau sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Sistem penapis pun perlu diperiksa untuk pastikan enjin kereta tahan lebih lama!

3. Tak jaga tayar kereta

Tayar kereta perlu diperiksa dari segi tekanan angin dan keadaan bunga tayar.

Kalau guna tetapan tekanan angin yang salah, tayar boleh jadi cepat rosak dan akan menjejaskan keselamatan.

Kalau tekanan angin terlalu rendah pula akan menyebabkan penggunaan minyak lebih tinggi dan kereta akan jadi lebih berat.

4. Servis penyelenggaraan tak mengikut jadual

Kereta yang tak diservis mengikut jadual akan menyebabkan komponen kereta lebih cepat haus.

Setiap komponen kereta atau bahagian enjin ni kena tukar bila dah sampai masanya. Ni untuk pastikan setiap komponen dapat beroperasi dengan efisyen dan elak dari bayar kos yang tinggi untuk baiki kerosakan.

5. Tak cuci kereta

Siapa yang malas sangat nak cuci kereta? Bila kita biar kereta kotor sampai debu semua terkumpul boleh menghakis badan kereta tau.

Lama-lama boleh berkarat!

Nampak macam remeh tapi kalau selalu buat boleh rosakkan kereta.

Lepas tu kena keluarkan duit untuk baiki kereta pulak.

Kalau kereta ada bunyi pelik-pelik, hantar ke Scrut Auto cepat-cepat untuk periksa!

Isnin – Sabtu: 8.30 pagi sampai 5.30 petang

?01116222987

☎️0342665556

?Booking Online for Service :

https://sepana.net/b/ghvnA

?SCRUT AUTO SDN BHD

232, Lorong Auto Nibong Taman U-Thant,

Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.

Original post:https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/343724957299688

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with