Jangan jadi pelanggan daripada neraka..

Admin
in Real Story
Sep 12 ·

Kepada saudara “Jeyandran”,

Anda yang tersalah beli laporan. Kenapa nak memekak-mekak nak memaki hamun kami?

Laporan kereta yang anda nak semak itu daripada UK, anda sendiri telah mengakuinya.

Tetapi, anda sendiri yang memilih untuk beli laporan daripada Jepun.

Adakah ia salah kami?

Sistem kami telah bergerak mencari laporan kereta anda di Jepun.

Bila laporan gagal ditemui, anda memekak-mekak “spam” laman kami dengan “fake account” anda.

Rupa-rupanya, ia kesalahan anda sendiri. Menurut polisi “refund” kami, kesalahan sebegini tidak akan dilayan.

Tetapi kerana semangat hari raya, kami telah memulangkan dalam bentuk kredit supaya dia boleh beli laporan daripada UK.

Takpalah, kami rugi, asal dia gembira.

Tetapi, dia telah memilih nak mengugut kami, dan telah memaki hamun kami.

SCRUT telah berdiri teguh mempertahankan masyarakat sejak tahun 2019 lagi.

Sudah pasti prinsip kami jelas. Kalau kami taknak masyarakat ditipu, takkan kami nak menipu pula.

Kan?

Dalam ramai-ramai pelanggan kami, memang ada spisis begini. Tak lebih 0.5% tapi memang wujud.

Kalau nak buat laporan ke BNM ke, KPDN ke, nak saman kami pun, sila buat.

Tapi, kalau nak ugut kami. Nak menjatuhkan kami. Kami akan lawan!

Marilah!

😉

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid033VfvyD7TdxLPczA4hiemNg84v2oghpx7DtiiyBxZQmkZWp3iAsJUfBDEbFMNSDkzl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with