“Yang banyak menipu kapir laknat, yang kena Pak Lebai..”
“Boleh je ko cakap kapir laknat..”
Sebenarnya, sesiapa sahaja berhak untuk tidak bersetuju dengan apa-apa hantaran yang dibuat oleh admin-admin Scrut.
Tidak mengapa. Kita boleh berbeza pandangan. Tapi kenapa harus dimainkan isu perkauman?
Artikel “Lebai Recond” itu adalah artikel lama yang di-repost kembali. Rujuk sini :
Artikel itu menceritakan bagaimana kami ditegur oleh 2 orang uncle yang acah-acah alim menggunakan hujah agama untuk menyuruh kami menutup Scrut. Ya, kami pernah diminta untuk menutup Scrut!
Sebab itu kami menggelarkan mereka “Lebai Recond”. Admin kami, Maulana Scrut telah menjawab hujah agama mereka dengan dalil-dalil dari al-Quran & as-Sunnah secara tuntas.
Sebagaimana gelaran “Lebai Malang” digunakan dalam kisah rakyat, begitu juga gelaran “Lebai Recond” digunakan kami. Bahkan Berita Harian juga menggunakan gelaran “Lebai” juga. (Rujuk foto di bawah)
Amat menghairankan kenapa ada sesetengah pihak yang meloncat-loncat seperti kera kena belacan. Siapa makan cili, dialah yang rasa pedasnya. Kami tahu yang memaki hamun kami itu dari kalangan salesman atau broker.
Tapi kalau anda bukan “Lebai Recond” kenapa anda terloncat-loncat? Kami ulang sekali lagi, kami sangat terbuka terhadap kritikan sesiapa pun, tetapi kami takkan berkompromi terhadap perbuatan yang menghina akal, maruah dan permainan racial card secara konsistan.
Sesiapa tak bersetuju dengan kami, silakan. Itu hak anda. Begitu juga kami berhak tidak bersetuju dengan sesiapa sahaja. Kami dengan cara kami, anda dengan cara anda.
Sekian.
Boss Admin,
Aliff Ahmad
www.scrut.my
Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/603492116802638