Boleh rujuk tangkap layar di bawah. Cuma admin ada beberapa soalan kepada Muhammad Atuf.
1. Kenapa bayar kalau tak setuju? Tiada siapa paksa anda bersetuju dan bayar. Jika anda tidak bersetuju. Kami boleh buka balik apa yang dah dibuat kepada kereta anda. Takpalah kami rugi daripada melayan pelanggan macam anda.
2. Kenapa selepas 4 bulan baru nak bangkitkan isu ini? Macam ada niat jahat.
3. Kenapa masih suruh kami ‘repair’ bahagian lain? Kalau kata kami ini tidak jujur. ‘Repair’ bahagian lain tu tak rasa kena tipu pula?
4. Kenapa hanya cerita 1 kerja? Walhal RM11k* itu untuk 5 kerja yang dibuat untuk selesaikan kesemua isu kereta anda. Ini suatu pembohongan yang jelas anda lakukan.
5. Kenapa tak cerita yang SCRUT AUTO bukan bengkel pertama yang dibawa anda? Bengkel lain buat tak jadi, alhamdulillah kami berjaya. Takkan tak hargai langsung?
5. En. Akif dah minta anda datang balik, dia nak pulangkan duit anda. Harap datanglah. CEO kami sanggup korbankan duit sendiri untuk awak puas hati.
6. Semua pekerja di sini telah bersumpah dengan sumpah laknat yang mana kami tidak akan menipu pelanggan kami dan tidak mengkhianati prinsip SCRUT.
7. Menuduh kami menipu adalah tuduhan yang berat.
Sekian, terima kasih.
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/pfbid027qokGX5asS6htJumhZvf23TM2pWAgySuyMXqbaqMRRB1w2Lsejp2wi35Saxvr3Q8l