Di saat menteri di Malaysia sedang gila dengan kereta terbang yang kita tahu sangat jauh dari realiti. Jokowi dilihat jauh ke depan dan sangat bijak membina legasinya yang tersendiri.
Walaupun di Indonesia beliau sering dianggap puppet Megawati, beliau tidak menganggap perkara itu besar, beliau hanya persetankan segala cakap-cakap kosong itu. Beliau hanya mahu membalas jasa rakyat Indonesia yang mengundi beliau dan membuktikan kepada pembenci beliau yang beliau memang mahu memajukan Indonesia.
Langkah bijak yang dibuat adalah menarik pengasas Gojek untuk bersama-sama beliau dalam kabinet, ia dilihat sangat mesra orang muda yang penuh daya inovasi. Langkah gila yang dibuat beliau pula adalah mengambil Prabowo menyertai kabinet beliau. Jokowi melihat perbezaan pandangan politik dapat disatukan dengan satu matlamat besar yang sama.
Walau Indonesia dilihat masih jauh di belakang Malaysia, tetapi langkah ke depan yang dicipta oleh Jokowi pasti akan meninggalkan Malaysia jika Malaysia masih tidak berjaya melepasi kemelut yang sama. Dengan kekuatan populasi lebih 200 juta manusia, ditambah dengan kestabilan politik, pasti menarik perhatian para pelabur di luar sana.
Malaysia? Masih memikirkan masalah kasut sekolah, bahasa kebangsaan, warisan dan budaya, dan masalah integrasi kaum. Mungkin benar kata orang tua-tua dahulu, Malaysia merdeka dalam keadaan tidak matang, separuh masak dan tidak bersedia.
Adakah kemerdekaan yang bermandi darah di Indonesia telah terbayar hari ini dengan kehadiran Jokowi? Malaysia pula bagaimana? Sampai bila harus bergelut dengan masalah-masalah dasar seperti perkauman, pendidikan dan warisan budaya?
Alangkah lucunya negeri ini!
Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/762731320878716