Kalau scrut tak boleh kawtim, scrut auto pun tak boleh dirasuah!!

Admin
in Real Story
Jul 9 ยท

Kita selalu dengar yang penjual kereta nak kawtim dengan SCRUT kan? Nak rasuah melanik SCRUT AUTO kan? Tapi, baru-baru ini seorang pembeli kereta pula minta nak kawtim dengan kami.

Ceritanya begini. Ada seorang pelanggan ni, dia dah beli kereta hampir 1 tahun. Dia tak SCRUT dan tak buat pemeriksaan SCRUT integrity inspection (Sii) dengan kami. Tapi, dia baru datang beberapa hari lalu.

Keputusan pemeriksaan SCRUT integrity inspection (Sii) memang agak teruk. Kami keluarkan laporan seperti biasa. Tiba-tiba pelanggan itu minta kami ubah tarikh, dia ajak kami kawtim untuk heret penjual kereta ke tribunal.

Permintaan dia kami terus tolak. Ya, kami tahu yang SCRUT memang berpihak kepada pengguna. Tapi SCRUT juga tidak akan menzalimi penjual kereta. Kami tidak boleh sahkan kerosakan-kerosakan tersebut sebelum dia beli atau selepas dia pakai lanyak.

Jadi, bagaimana mungkin kami boleh memberikan persaksian palsu. Kami telah bersumpah dengan nama Allah, tuhan rabbul jalil yang kami tidak akan sesekali menipu atau melanggar prinsip integriti kami. Pandangan kami, pandangan profesional. Pandangan kami jujur.

Jadi kami nak kasitau kepada para penjual kereta, jangan takut atau benci kami jika kalian tidak menipu dalam urusan jual kereta. Kami tidak akan sesekali menggunakan nama dan amanah ini untuk menzalimi kalian.

Buat pembeli kereta, jika anda telah terbeli kereta, cepat-cepatlah buat pemeriksaan SCRUT integrity inspection (Sii) dengan kami dan lawan jika ada masalah. Jangan tunggu lama-lama, baru nak lawan. Masa itu penting.

Kami telah bantu ramai pembeli untuk dapatkan ganti rugi dan menang di tribunal alhamdulillah. Tapi, kami juga tidak akan sama sekali menjadi syaitan yang menjadi saksi palsu untuk mezalimi sesiapa.

Kami ada tuhan. Tuhan kami sentiasa melihat kami. Doakan kami terus istiqamah dan bekerja dengan amanah.

Sekian kisah ini..

Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/pfbid0r1MDSr7sSUt7sXKB7kAn1J1aexdf9e2gYYtKcGv1PuzcD2TfRq56qsBGE7Dp1fH9l

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with