Tak kira siapa, daripada parti mana, kalian kasi nama, no ic, Uncle akan tolong run SCRUT Analytica, buat analisis balik, fact check, tolong tulis dan post di sini.
Since bila Uncle SCRUT Ikmal, orang PN marah. Dia suruh kita SCRUT KJ. Kita SCRUT KJ, dia suruh Uncle SCRUT Zahid dan Najib pula. Uncle SCRUT Zahid, ada yang suruh SCRUT Tun M dan Anwar Ibrahim pula.
Macam nilah. Uncle charge jela. Sesiapa pun boleh. So, jangan suruh-suruh dah. Orang DAP ke, orang Umno ke, Bersatu ke, kawan ke lawan, Uncle buat. Asal bayar servis ini.
Fair and square. So, jangan meroyan dah. Pm Uncle untuk deal. Ingat kerja buat research dan analisis ni berat. Jangan expect murah. Anak Uncle kata, kena charge level panggil Siti Nurhaliza atau Anuar Zain nyanyi.
Uncle kata, kena lebihlah. Kita buat research kot. Takkan value research lagi rendah daripada menyanyi. Kan?
So, lepas ni jangan merentan. Semua orang ada peluang. Yang penting, kita deal dan korang bayar, Uncle akan buat kerja. Uncle pun nak cari makan macam boss Uncle Aliff Ahmad juga.
Jangan suruh-suruh dah lepas ni. Pm tepi, bayar, kami buat kerja..
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0y6CeSmu7WcnS8psgnYoPwwByvfKdNVHU7sVwQa7CnHqdYQyR97YNqioDvLGKBpTol