Rasanya kami dah ulang banyak kali pasal penggunaan kata ganti nama. Kami memang guna kata ganti kau & aku dari mula lagi. Dari hari pertama lagi. Bukan isu dah.
Pada kami, kata ganti nama ini bukanlan isu jika kita belajar memahami dan menghormati cara dan gaya manusia lain. Yang penting, tiada khianat, penipuan dan kezaliman berlaku.
Aku dan kau bukanlah perkataan yang kurang sopan. Ia adalah I dan You. Ana dan Anta. Wo dan Ni. Ia juga kata ganti yang kita sendiri gunakan bila bercakap dengan tuhan atau berdoa. Jika ia tidak sopan, maka kau berdoa dengan tuhan bagaimana?
Sesetangah orang Jawa dan Melayu juga menggunakan kata ganti kau dengan aku dengan ibu dan ayah, datuk dan nenek. Juga dengan adik beradik dan saudara.
Kau dan aku juga digunakan sesama kawan-kawan yang rapat. Jadi, kami memang nak menjadikan korang semua rapat dengan kami. Kalau korang tak suka bahasa kami, korang tak perlu kawan dengan kami. Takda masalah.
Kami bukan seperti para scammer dan kapitalis jahat yang berbahasa lunak, bersaya awak dan berkemeja tali leher, tetapi akhirnya menipu korang. Jadi customer service kami adalah integriti kami bukan kata ganti diri.
Buat mereka yang baru kenal SCRUT. Salam perkenalan. Bahasa di sini adalah bahasa kawan-kawan dan bahasa doa!
Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/917731332045380