fbpx

Kami Tak Ambil Taraf Bumiputera Sebab Bukan Kami Nak Ambil Tender Kerajaan.

Detective Scrut
in OneXox
Sep 7 ·

Jadi, admin nak tanya kenapa kau ambil sijil patuh syariah?

1. Untuk kau menuruti syariah?
2. Untuk kau tunggang agama for marketing?
3. Untuk kau claim produk kau patuh syariah?

Sebenarnya, kalau kau sekadar nak menuruti syariah, kau hanya perlu panggil consultant syariah sahaja untuk bagi advise, kemudian kau sami’na wa ato’na.

Tindak memiliki sijil patuh syariah tidak juga menjadikan sesuatu produk itu haram kerana keaedah dalam usul fiqh dalam perkara muamalat berbunyi,

“Al-aslu fi al asyya’ al-ibahah.”

Bermaksud asal sesuatu perkara hukumnya adalah harus.

Jadi tidak ada kewajipan pun mana-mana produk itu mendapat sijil patuh syariah. Pada admin ia lebih kepada marketing reason. Atau bahasa lain, tunggang agama.

Begitu juga dengan sijil taraf bumiputera, takda kewajipan pun kau perlu ada walapun kau Melayu, Bumiputera dan Muslim. Melainkan,

1. Kau nak masuk tender Bumiputera.
2. Kau nak tunggang status Bumiputera for marketing.
3. Kau nak claim syarikat kau syarikat Bumiputera.

Sifirnya mudah saja, bila sesuatu syarikat itu claim dalam marketingnya, mintalah sijil patuh syariah. Kalau dia claim dia syarikat milik Muslim, Melayu dan Bumiputera, mintalah sijil taraf Bumiputera. Bila dia claim dia ada ISO, minta sijil ISO.

Mudah dan sangat standardize! Itulah kaedah SCRUT untuk orang awam. Itulah konsep tabaiyun yang diajar Nabi,

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka “tabaiyun-lah” [periksalah (kebenarannya) dengan teliti], agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. (Al-Hujurat: 6)

Apa maksud SCRUT? SCRUT adalah scrutinize. SCRUT adalah TABAIYUN.

“Get SCRUT before WE get SCREWED.”

Ditulis oleh,
Maulana SCRUT
“Berkata benar walau dikecam!”
www.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/654869451664904

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with