fbpx

Kau dan aku? Salahkah?

Detective Scrut
in Real Story, SCRUT Tips
Jun 15 ยท

Adoih, hari ni ada orang marah admin kami guna kata nama KAU dan AKU. Aik, ada kaum kayangan yang tak boleh dipanggil KAU ke? Kau doa dekat tuhan pakai saya awak ke? Atau Hamba patik?

Style kami memang dari dulu sama je. Maksud sebenar KAU adalah YOU, AKU adalah I. Pada kami, apa masalah guna kata nama AKU dan KAU. Apa beza YOU and I dengan AKU dan KAU?

Anyway, kalau tak suka cara kami pun takpalah. Kami tak paksa kau nak nak suka kami pun. We know that we can never please everyone. Kami sedar sejak hari pertama SCRUT wujud.

Kami buat kerja kami dengan cara kami. Pada kami, apa yang kami buat lebih bernilai dari cara dan gaya. Apa guna kau berSAYA AWAK seperti broker dan salesman menipu, tapi akhirnya kau kenapa TIPU.

Benda ni dah lama. Inilah SCRUT, inilah kami. Kami kan indie dan rebel. Takkan nak kami semua sikat rambut belah tepi leper dan cakap/tulis skema-skema pula kan?

Ya, benar bahasa jiwa bangsa. KAU dan AKU adalah bahasa Melayu!

Bacalah apa kami dah tulis tahun lepas lagi..

?

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/869816096836904

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with