“Dekat Jepun dah kena pusing!” kata penjual penipu.
Uncle ada beberapa persoalan..
1. Kalau dekat sana sudah kena pusing, bagaimana pihak SCRUT boleh kesan “mileage” terakhir direkodkan adalah 103,000km?
2. Jika pihak penjual gagal menyemak, maka digalakkan pihak penjual juga wajar menyemak dengan SCRUT. Kenapa taknak semak dengan SCRUT? Jika kantoi, lawanlah mereka!
Namun, sebenarnya jika penjual kereta membeli/membida kereta melalui pusat lelongan kereta (car auction house) yang sah, sepatutnya mereka tidak akan ditipu. *Jika benar ditipu.
Kenapa?
Sebabnya, kereta-kereta yang dijual melalui auction house yang sah biasanya tiada masalah menipuan. Integriti dan reputasi mereka sudah terbina sejak sekian lama. Mereka menjual kereta-kereta ke seantero dunia secara atas talian (online).
Satu dunia membida tanpa perlu ke Japun. Harganya pula berdasarkan gred dan kondisi yang pemeriksa auction house berikan. Kereta gred rendah, harga murah. Kereta gred tinggi, harga mahal sikit. Jika mereka menipu, reputasi mereka pasti hancur. Bagaimana mereka nak jual berdasarkan gred.
Di sana, kereta kemalangan disebut kereta kemalangan. Harga pun rendah. Kereta “high mileage” dijual dengan harga kereta “high mileage”. Jika mereka menipu, macam mana SCRUT punya data tidak ditipu. SCRUT juga ambil daripada mereka.
Jika mereka tipu, SCRUT juga kena tipu. Betul tak? Jika mereka tipu, dah kenapa kita nak beli kereta daripada penipu. Sangat ironi logik penjual kereta ni kan?
Apa pun, terserah kepada korang. Nak percaya kata-kata SCRUT ke, nak percaya kata-kata penjual kereta.
Apa-apa pun, SCRUT for the TRUTH!
Tak kena tipu beli kereta, SCRUT dulu!
Nak percaya SCRUT atau PENJUAL kereta?
Original post: https://www.facebook.com/watch/?v=3781763395473063