Ramai sangat orang “tag” kami. Admin boleh bagi sedikit pandangan.
Sebenarnya, berapa bengkel nak kenakan bayaran itu hak bengkel tersebut.
Kerana setiap bengkel punya kos yang berbeza. Mahal atau murah adalah subjektif.
Cumanya, SOP yang sepatutnya dibuat adalah :
1. Bengkel kena keluarkan sebut harga “quotation”.
2. Pelanggan kena setuju.
3. Kalau ada perubahan harga yang lebih 20%, penasihat perkhidmatan (service adsvisor) kena kasitau pelanggan dan dapat persetujuan pelanggan.
4. Jika pelanggan sudah setuju, maka akad sudah berjalan.
Macam kami di SCRUT AUTO, proses itu mesti dilakukan. Kerana kami menggunakan sistem Sepana.net dan bos kami memang menekan komunikasi dengan pelanggan.
—-
Jadi, kami tak boleh nak komen lebih-lebih sebab hal ini kami tidak tahu. Kami nasihatkan pelanggan tersebut untuk terus berbincang dengan pihak bengkel.
Sekian, pandangan kami..
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/pfbid033TzpErZX9PLyWZaC1XeaWmNjakgUsSzyM6R6AhLd1Jt1zpNT6v8pyNbNXehcbZXAl