Bila nak beli sesuatu yang nilai nya besar, mesti lah kita akan buat research dan cari yang bagus sampai puas hati!
Sama juga macam nak beli kereta recond, kena cari specs kereta yang mengikut keperluan, tahun, gred dan kondisi yang masih tip top.
Paling penting, kita kena berhati-hati untuk pastikan tak ditipu oleh dealer!
Ada beberapa penipuan yang common dilakukan oleh dealer kepada customer.
—
APA YANG SELALU DEALER KERETA RECOND TIPU CUSTOMER?
1) Mileage
Tipu mileage ni memang paling common. Kereta dah 5 tahun tapi mileage baru 8,000km? Biar betik!
Dalam auction report akan tunjuk bacaan yang sebenar.
.
2) Kondisi sebenar kereta
“Kereta ni confirm tak pernah eksiden! Kereta baru 2 tahun, masih tip top!” – kata si dealer.
Dealer ni suka beli kereta gred rendah. Lepas tu, mereka akan cantikkan kereta untuk nampak lebih baru.
Padahal kereta dah pernah eksiden, cat tak sekata dan komponen kereta ada yang dah diganti baru. Hati-hati!
.
3) Tahun kereta dikeluarkan
Usia kereta pun nak tipu! Tahun keluarkan kereta 2009 tapi cakap 2012.
Kalau dealer tipu tahun kereta, maksudnya dalam dokumen MITI pun dia tipu. Report kalau dealer tipu tahun ya!
.
4) Specs kereta
Dah beli kereta ada specs tinggi, tapi tak declare kat JKDM sebab nak elak bayar duti import tinggi.
—
Sebelum book atau beli kereta, minta nombor chasis dari dealer untuk SCRUT dulu! Kalau dealer tak nak bagi, itu dah kira red flag ya.
Invest RM50 je untuk dapatkan auction report yang sebenar dan untuk pastikan pembelian kereta recond tu berbaloi.
Kalau report tak ada, boleh hantar kereta tu ke Scrut Auto untuk buat Scrut Integrity Inspection (SII).
—
1. Nak check auction report kereta recond?
2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?
3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?
4. Nak SCRUT company?
SCRUT before you get SCREWED!
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1066634307155081