Ini kisah mangsa penipuan kereta terpakai. Di bawah itu laporan SUr (SCRUT USEDcar report) yang dia dapatkan daripada SCRUT.
Selain daripada laporan kemalangan, data kami juga akan memberikan laporan bacaan odometer yang dilaporkan JIKA ADA.
Cuba kalian lihat gambar di bawah, pada sekitar Jun 2017, bacaan odometer sudah direkodkan naik daripada 57,569km ke 67,426km. Ia normal lah, mana mungkin makin menurun.
Namun, pada September 2023, bacaan odometer direkodkan adalah 57,569km balik. Maksudnya ada sesuatu yang pelik dan penipuan “mileage” mungkin berlaku. Betul tak?
Bagaimana nak menganalisa data ini. Mari sini Uncle ajar. Korang baca elok-elok. Kebanyakan penjual kereta terpakai atau usedcar atau secondhand tidaklah bodoh mana.
Mereka tahu industri. Mereka tahu yang kebanyakan pembeli akan menghubungi pihak “Service Center” (SC) untuk mendapatkan “mileage” terakhir ketika diservis di sana.
Maka, ada kemungkinan mereka juga telah menghubungi Pusat Servis (SC) dan memutar balik kepada “mileage” yang direkodkan di sana. Itu sebablah kita mendapati laporan ini seolah-olah pemutar odometer tahu nak berhenti putar di mana.
Bijak tak? Jadi jika pembeli semak dengan SC, maka didapati tiada masalah lah kan? Betul tak? Pembeli akan kata,
“Aku dah semak dengan SC, ‘mileage’ sama macam dekat kereta!”
Namun, mereka tidak tahu yang selepas habis “warranty” berapa puluh ribu “mileage” dah jalan, kan? Sebab SC dah tak rekod. SC juga sebenarnya tiada hak untuk memberitahu rekod tersebut kecuali kepada pemilik kereta sahaja.
Jadi kalian kena beli dulu kereta, baru boleh bawa kereta ke SC dan semak. Jika kantoi, korang tak boleh buat apa juga. Malaysia tiada lemon law tapi tribunal dan mahkamah Malaysia sudah mula “favor” hak pengguna. Kita je kena berani.
Pihak SCRUT juga telah membangunkan sistem pemeriksaan Sii (SCRUT integrity inspection) yang akan memberikan laporan yang holistik dan kami akan berdiri teguh di belakang laporan kami hatta untuk hadi ke mahkamah jika dipanggil (sepina).
Apa yang Uncle nak nasihatkan adalah, kalian yang dulu “push” SCRUT untuk buat SUr. Ini hari sudah ada, maka tolong sampaikan kepada kawan-kawan korang tentang SUr.
Ingat, jangan terus ditipu tau!