Kenali hospital islam Az-Zahrah

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Dec 30 ยท

Kecoh baru-baru ni pasal hospital milik pimpinan ISMA (Ikatan Muslim Malaysia), Rahman Dali dan rakan-rakan yang kalah di mahkamah. Ramai tanya Uncle tentang hospital yang menjadi ikon Bandar Baru Bangi.

Ada yang kata kita semua kena bantu, buat kutipan seorang sedikit. Cuma Uncle tertanya-tanya apakah kewajarannya? Adakah selama ini kita ke sana percuma? Tidak perlu bayar?

Ketika syarikatnya untung, kita diberi dividen? Yang Uncle tahu. Ketika untung, mereka yang “enjoy”. Kan? Mereka yang dapat tambah bini, bukah korang. Kan?

Mula-mula Uncle nak kasitau yang kena bayar dalam masa 14 hari adalah tidak logik. Mana-mana keputusan mahkamah, pasti ada tempoh masa untuk diselesaikan.

Dan, pihak Az-Zahrah masih boleh buat rayuan dan mohon “stay” untuk membuat pembayaran. Mana boleh tiba-tiba suruh tutup keluar. Ini Malaysia, bukan Wakanda.

Siapa pemilik hospital ini sebenarnya?

Jika korang ke laman Az-Zahrah, korang akan melihat ia dimiliki oleh Medi-Circle Sdn. Bhd. Syarikatnya untung, dengan pendapatan lebih kurang 40 juta pada tahun 2021.

Korang boleh SCRUT sendiri di www.interepo.com untuk mendapatkan informasi terkini.

Yang menariknya syarikat Az-Zahra ini adalah, salah seorang pemegang sahamnya ialah lebai Abdulullah Zaik, ayatolla ISMA dan Aman Palestin. NGO yang berbelanja sampai 34 juta yang kena dakwa beratus pertuduhan dengan SPRM tu.

Ingat lagi tak?

Alah, yang lebai tu labur duit ke syarikat dron anak dia tu.

Nah, rujuk..

https://www.facebook.com/share/14HnKdy1NEa/?mibextid=wwXIfr

Jadi, Uncle boleh sahkan yang Hospital Az-Zahra dimiliki oleh orang kuat ISMA dan Aman Palestin. Rahman Dali juga pernah memegang jawatan timbalan presiden ISMA juga. Mantap kan?

Rahman Dali juga pemilii studion filem paling berjaya di Malaysia iaitu Studio Kembara yang telah berjaya menghasilkan filem Mat Kilau yang memecahkan rekod negara dengan jualan mencecah 100 juta!

Kaya tak kayalah kan?

Setelah tolak cukai sana sini, tolak modal, tolak komisen pawagam, rasanya mesti ada baki yang banyak. Betul tak? Kalau takda baki, takkan dia buat filem ke-2 Pendekar Awang pula.

Jadi, apalah sangat kena bayar 8 juta itu pada mereka. Budak-budak ISMA pun ramai, diorang kalau buat kutipan pun sekejap sahaja. Jadi, kita tak perlu bimbang.

InsyaAllah, Hospital Az-Zahrah boleh kekal menjadi mercu tanda Bandar Baru Bangi. Sebagai manusia, tiada siapa yang sempurna. Bila disahkan salah, kenalah bayar ganti rugi.

Betul tak?

๐Ÿ˜‰

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid09EB8B7h1xJyyoruDBqf6ASTDxgiBVbw1eDuMTsz97b6778AvdEEENx5D8sofKAUFl

    Leave a Reply
    created with