fbpx

Kenapa, asal yang membenci dan menghina scrut saja, mesti salesman kereta?

Detective Scrut
in OneXox
Nov 18 ·

Sedang kita berhari raya, kami juga terpaksa berperang, berjuang mempertahankan hak pengguna yang ditindas, melawan ugutan dan ancaman pihak yang tergugat dengan kewujudan platform SCRUT. Mengkaji segenap penjuru undang-undang dan akta.

Tiba-tiba..

Ada satu orang ni, namanya “Carlos Iman” bermati-matian dia menuduh SCRUT cuba menjatuh orang lain untuk naik. Bukan itu saja, dia menghina dan mempertikaikan charge RM50 kami. Yang paling menarik dia kata, dia tak sama level dengan SCRUT. Nak bagitau dia kaya la kot! Mujurlah ada admin kami yang rajin melayan dia. Asyik spam wall kami saja. Admin rasa dia ni memang ada masalah sikit.

Bila admin tengok balik wallnya, kawan yang datang support dia. Semuanya dari golongan salesman kereta. Kenapa ada salesman kereta yang benci SCRUT? Rasanya hanya salesman penipu saja yang membenci SCRUT. Salesman yang baik semua steady je!

Siapa yang SCRUT jatuhkan? Kalau ada pun bukan SCRUT yang lakukan. Itu pilihan pengguna, mereka nak SCRUT dulu. SCRUT hanya menyediakan platform untuk buat semakan. Pada kami, kami membetulkan industri. SCRUT memang di pihak pengguna. Regardless apa ancaman dan serangan daripada puak-puak salesman seperti Azman Shifter, Shubib dan Carlos Iman.

Menurut sahabat kami, dia ni salesman kepada dealer Honda. Bukan dia dealer Honda. Tapi dia punya bongkak macam dia owner dealership tu! Manager sales kat situ pun bukan Melayu. Kiranya, dia pun level macai je.

Nak tanya sikit, nak jadi salesman Honda perlu kelulusan atau skill akal yang tinggi ke sampai dia duk ulang kata dia level lain. Sampai dia kata SCRUT nak amik loan Axia pun tak lepas? Admin ramai juga kawan-kawan Honda ni, takda pula perangai pelik macam ni.

Hebat sangat ke jadi macai Honda sampai dia nak cakap macam tu kat SCRUT?

Oh, rupanya dia ni pun broker kereta recond juga, mungkin sebab itu dia marah, kereta-kereta yang dia bawa masuk, dah pusing meter tak boleh jual barangkali. Padanlah dia marah dengan SCRUT. Cuma dia cuba main angle konon SCRUT nak jatuhkan Melayu.

Sebenarnya tak timbul pun isu SCRUT jatuhkan sesiapa. Kewujudan SCRUT ni baik atau tidak untuk pengguna? Bagi pengguna untung atau pengguna rugi? SCRUT ini bukanlah wajib untuk digunakan.

Jadi buat pengguna-pengguna dan supporter-supporter SCRUT. Berhati-hatilah dengan para salesman yang membenci SCRUT. Mereka akan cuba menggunakan pelbagai cara dan naratif untuk memburukkan dan menjatuhkan SCRUT.

Kebencian mereka sebenarnya kepada ketelusan dan kebenaran yang dibawa SCRUT. Bak kata mangsa penipuan kereta recond,

“Salesman yang benci SCRUT pasti seorang penipu!”

Disebabkan puak-puak ni buat riuh sangat, kami sedang merancang membina 1 simple apps untuk pengguna nanti. Kan dah kasitau, makin kami ditekan, makin kami melawan!

Nantikan!

Ingat, get SCRUT before YOU get SCREWED!

Ditulis oleh,
Admin Pakai Honda!
www.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/638092443342605

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with