Beli kereta recond ataupun kereta secondhand ni memang lebih murah berbanding beli baru. Tapi, kalau kereta sambung bayar ni macam mana pulak?
Kereta sambung bayar ni pun lebih murah, macam kereta terpakai lah. Cumanya, anda tak perlu nak buat loan dan sebagainya dengan bank.
Jadi, mungkin ada yang fikir “Wah senang lah! Tak payah nak hadap loan kena reject!”
Skim sambung bayar ni memang sangat senang untuk menjadi SCAM!
—
Kereta sambung bayar ni adalah owner kereta yang masih bayar loan kepada bank tapi nak jual kereta pada orang lain tanpa proses jual beli secara official. Mungkin atas alasan malas atau terdesak nak duit.
Pembeli hanya perlu bayar deposit yang rendah dan terus sambung bayar loan bulanan kepada bank. Tapi ownership kereta masih atas nama si penjual ya!
—
5 SEBAB BELI KERETA SAMBUNG BAYAR ADALAH BAHAYA
1. Salah di sisi undang-undang
Walaupun dah sign kontrak, tetap salah! Sebab dalam kontrak, pihak bank ada menyatakan yang anda sebagai owner kereta tak boleh jual kereta tanpa izin mereka.
Anda boleh dikenakan denda sebanyak RM30,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya.
Aktiviti sambung bayar ni pun adalah haram dan tak dapat dikuatkuasakan.
2. Pembeli tak bayar, penjual merana!
Kontrak tu tak menentukan kejujuran seorang pembeli. Kereta masih atas nama penjual, kalau pembeli tak bertanggungjawab atas bayaran bulanan, anda tetap kena tanggung risikonya.
Kalau kereta disaman, anda sebagai owner kereta yang bertanggungjawab jika pembeli tak bayar.
Nanti nak buat pinjaman lain pun susah sebab credit score anda dah terjejas.
3. Tak boleh buat laporan polis
Disebabkan aktiviti jual beli sambung bayar ni dah salah di sisi undang-undang. Jadi, penyerahan kereta kepada pembeli tu dianggap sukarela dan tak boleh buat report polis untuk kecurian.
Anda boleh buat laporan polis untuk kes penipuan yang melibatkan penyerahan harta. Contohnya, pembeli dah bayar deposit tapi loan bulanan tak bayar.
4. Tak dapat ownership
Sebagai pembeli pulak, anda mungkin susah untuk dapatkan hak milik kereta tu.
Masa renew insurans atau roadtax, nama yang tertulis adalah nama pemilik kereta. Jadi, jika ada apa-apa berlaku seperti kemalangan, anda tak dapat perlindungan. Kecuali jika nama anda ditambah sebagai pemandu kedua.
Kereta dah habis bayar pun anda tetap tak dapat hak milik dan keadaan lebih teruk kalau penjual tu dah meninggal dunia. Kereta akan automatik diwarisi oleh ahli keluarga penjual, bukan anda.
5. Terbeli kereta klon
Ada jugak kes yang melibatkan kereta klon. Contohnya, anda beli kereta sambung bayar di Facebook dan kena tahan dengan JPJ sebab roadtax palsu.
Kereta klon ni adalah kereta yang tak berdaftar ataupun ada no. chasis, no. plat kereta dan roadtax palsu. Bila nak renew roadtax, penjual akan syorkan untuk renew dengan ejen mereka. Kalau anda renew sendiri, anda akan dapat tahu kereta tu tak berdaftar.
Anda boleh dikenakan denda dari RM2000 sehingga RM10,000 kerana beli kereta tak berdaftar.
—
Luangkan lah lebih masa untuk cari kereta yang betul-betul berkualiti dari pengedar yang sah!
Pastikan anda dapatkan details syarikat kereta untuk diperiksa terlebih dahulu.
—
SCRUT for the TRUTH!
1. Nak check auction report kereta recond?
2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?
3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?
4. Nak SCRUT company?
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1185910095227501