fbpx

Kenapa bapak jebon dan jebon-jebon lain hanya menyerang scrut?

Admin
in Uncategorized
Jul 5 ·

“Uncle, Jebon ada promo web lain. Katanya lagi bagus daripada SCRUT. Web tu serabut. Pening. Tapi lepas saya check kereta dia yang total loss BNT7100 (FD2-1601287), saya dapati kereta itu pun TOTAL LOSS dan dalam rekod web itu juga merekodkan kereta FD2R itu pakai gearbox automatik. Saya ada komen, tapi tak respond, mungkin komen saya dah kena hide atau delete. Dia tak guna kereta Honda accident dia untuk jadi sample. Mohon Uncle komen..”

Demikianlah. Apabila Allah hendak menunjukkan kebenaran. Maka ia datang daripada dirinya sendiri. Uncle sentiasa bersyukur yang data kemalangan SCRUT disemak silang oleh orang yang membenci SCRUT dan di tempat lain. Uncle lebih yakin yang SCRUT di atas kebenaran.

Alhamdulillah..

Bapak Jebon memekak-memekak, meroyan-royan, dan merentan-rentan kata data SCRUT tak tepat. Hanya untuk menafikan dapatan kereta tersebut adalah kereta kemalangan (total loss) yang telah direkodkan. Sebab itulah asas laporan SUR daripada SCRUT, iaitu rekod kemalangan.

Namun, dia nak “divert” kan isu tersebut, dia kata data SCRUT tak tepat sebab rekod dalam sistem SCRUT adalah kereta automatik. FD2R kereta manual. Uncle dah terangkan banyak kali. Tapi dia masih meroyan-meroyan di “wall” SCRUT. Sampai dia bawa bala tentera Honda Jebon dan Honda Megi. Siapa dengan akaun palsu.

Setelah disemak dalam sistem yang Bapak Jebon tunjukkan tersebut, kita akan mendapati ;

1. kereta FD2R itu menggunakan transmisi automatik.

2. kereta itu juga direkodkan total loss.

(Rujuk gambar)

Boleh dilihat betapa tidak jujurnya Bapak Jebon kerana tidak menggunakan kereta FD2R sebagai contoh carian. Atau sudah buat, tapi rekod sama dengan SCRUT kan? Kenapa tak keluarkan rekod daripada sana? Kenapa pakai kereta lain? Takut malu? Uncle harap Bapak Jebon juga boleh memekak, meroyan dan merentan dekat sana juga.

Kenapa diamkan? Kawan ke? Bapak Jebon kan penjual kereta accident, kenapa tak marah? Kenapa SCRUT saja yang diserang. Kenapa tak serang sana? Sebab sana diam? SCRUT tak boleh kautim?

Ya, SCRUT memang tak boleh kautim. TAKKAN boleh. Selama-lamanya!

Kesimpulannya adalah,

Bapak Jebon memang jual kereta accident. Disahkan sendiri oleh web yang dia percaya. Kereta FD2R bernombor pendaftaran BNT7100 dan bernombor chasis FD2-1601287 juga direkodkan bertransmisi automatik di dalam web yang dia percaya juga.

Namun..

SCRUT juga yang diSERANG.

Biasalah, mana ada penjual kereta suka SCRUT. Uncle pelik penjual kereta suka “platform” lain..

Kan?

Diantara SCRUT dan Jebon, korang nak percaya siapa?

Terserahlah..

😜
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02sqB9Y23mx7ThPopRWHs8DFkAMyxJfgKk6VTGhVwnPe346fZvKNuUs7zoyQfWU5vl
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with