fbpx

Kenapa kau melompat? Quran tak ajar kau berbohong.

Detective Scrut
in OneXox
Nov 18 ยท

Analogi mudah.

Ada sebuah kedai dihujung kampung, namanya Restoran Sayang Salmah, dimiliki oleh seorang taukey Cina, diuruskan oleh seorang Melayu, bernama Kassim yang diberi 40% share.

Satu kampung memang sudah tahu Restoran itu milik taukey Cina tersebut dan Kassim tidak pernah claim restoran tersebut miliknya atau pun milik bumiputera, lebih-lebih lagi mengaku 100% Bumiputera walaupun dari pengurusan, pekerja, supplier dan sampai ke customer kesemuanya Melayu. Siap ada sijil halal Jakim lagi.

Suatu hari, SCRUT datang buat kecoh bagitau 1 kampung yang Restoran Sayang Salmah bukan milik Melayu, Muslim dan Bumiputera. Ia milik seorang taukey Cina sambil menunjukkan dokumen SSM.

Kassim cool je. Orang kampung pun rilex je. Kenapa? Sebab Kassim tak pernah claim Restoran Sayang Salmah miliknya dan mengaku milik Muslim.

Kenapa Kassim cool dan orang kampung pun tak kisah, buat taktau dengan fakta yang SCRUT keluarkan?

โ€”-

Ada sebuah cafe di hulu kampung, namanya Cafe Rasa Sayang, juga milik tokey Cina yang sama, diuruskan oleh seorang Melayu bernama Farit dan diberi saham sebanyak 40%.

Cafe itu mempunyai sijil halal Jakim, staff 100% muslim dan customer juga 100% muslim. Bezanya Farit tidak bagitau sesiapa yang dia ada funder, dia bagitau semua orang Cafenya milik Muslim. Marketingnya juga sering mengutuk Restoran Sayang Salmah milik Kassim sambil menjaja cerita Cafenya milik Muslim sambil mengangkat sijil Halal Jakim.

Suatu hari, SCRUT datang bagitau yang Cafe Rasa Sayang bukan milik Melayu, Muslim atau Bumiputera. Ia milik seorang taukey Cina selepas SCRUT menyemak SSM syarikat Cafe Rasa Sayang.

Apa lagi, orang kampung marahlah kerana selama ini mereka tertipu, mati-mati mereka ingat cafe itu milik Muslim. Farit yang sudah malu dan marah kata 40% share yang dia miliki itu adalah majoriti. 40 lagi besar dari 60 katanya. Si Farit kata SCRUT nak bunuh Melayu-Melayu yang kerja dengan dia.

Kenapa orang kampung marah dekat Farit dan Farit terpaksa tunjuk bangang?

โ€”โ€”

Moral of the story, jangan berbohong, jangan menipu, dan jangan misleading dalam marketing. Ia tidak patuh syariah! Mereka yang marah SCRUT adalah mereka yang menipu masyarakat sahaja.

Kisah ini hanya analogi. Gambar hanyalah hiasan.

Disediakan oleh,
Admin Patuh Syariah
www.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/654547641697085

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with