fbpx

Kenapa Muhammad Amirul ini begitu bencikan scrut?

Admin
in Real Story
Aug 16 ยท

Mula-mula dia dengan takburnya mengatakan dia tidak percaya SCRUT. Katanya, data SCRUT mengarut, laporan tukar windscreen pun nak bawa keluar.

Kemudian, apabila masyarakat meminta bukti, di jawab, dia tak perlu kasi bukti. Dia kata kalau takat kasi report je, kena belajar dengan otai. Siapa otai yang Uncle nak kena belajar?

Baiklah..

Uncle nak jawab, sebelum tu aku rasa dia salesman kereta. Sekali picit terus betul. Itulah, yang benci SCRUT ni satu puak je. Tak hairan pun.

Jadi, kalau puak salesman cam dia taknak percaya SCRUT. Takda masalahlah. Korang kalau nak percaya dia pun silakan. Kalau korang taknak percaya SCRUT pun, takpalah. Ucle boleh pencen dah.

Cuma Uncle nak jawab isu yang dibangkitkan. Biar masyarakat jelas.

1. Laporan SUR (SCRUT Usedcar-accident report)

Ya, mostly data daripada insurans. Kenapa data daripada insurans ini valid? Sebab ia laporan kemalangan.

Secara logik dan statistik, hanya kereta accident tak teruk je orang buat/repair sendiri. Kalau accident teruk, pasti claim insurance. Apa guna dia bayar insurance kalau taknak claim kan? Accident minor sepatutnya bukan isu la kan? Namun, tiada yang mutlak melainkan Allah. So, kita ada buat inspection untuk dapatkan laporan yang lebih detail dan updated.

2. Laporan windscreen pun dikeluarkan?

Uncle rasa takda isu. Tukar windscreen takda nota severe atau high. Uncle tanya kenapa penting bagi pihak insurans laporan windscreen ni. Rupanya, ia sangat penting. Sebab banyak kes kerap tukar cermin sebenarnya mengakibatkan frame windscreen cepat rosak dan berkarat.

3. Data value

Data itu adalah data value syarikat insurans. Jadi korang nak beli kereta boleh tau berapa nilai kereta korang boleh insured. Korang pun dah boleh agak-agak harga kereta tu tu. Berguna tak?

4. Isu SCRUT ARMY

Uncle tak faham kenapa salesman ni goyang sangat? Ada jual kereta bermasalah ke? No plate kereta bukan barang PDPA, memang terpampang dekat kereta. Apa yang privacy-nya? Nak kasi duit kepada masyarakat pun marah ke?

Jadi, terserah koranglah. Nak percaya dia ke, nak percaya SCRUT?

Taknak kena tipu beli kereta? SCRUT dulu!

๐Ÿ˜‰

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0XpQynUUbzUnxfqqsFY7CzSCUKQxbzxoCss58XCeDoL2oDcbD2zhYZUTyRCXTdqwxl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with