fbpx

Kenapa nak pijak-pijak ni?

Admin
in Uncategorized
Jul 5 ยท

Uncle bangun-bangun pagi, ada orang yang risaukan keselamatan Uncle tunjuk tangkap layar, dia kata ada unsur ugutan.

Takpalah, Uncle rekodkan di sini. Nama budak Honda ini ialah Remy Ampang. Sesiapa yang kenal saudara Remy ini, kasitau dia Uncle kirim salam.

Saudara Remy,

Jika benarlah apa yang dirisaukan sahabat Uncle ini yang Remy mahu memijak muka Uncle, izinkan Uncle bertanya beberapa soalan.

1. Apa salah Uncle? Adakah Uncle ada menjual kereta accident total loss kepada masyarakat?

2. Adakah Uncle ada menipu menjual kereta Evo TME kepada rakyat Malaysia?

3. Adakah Uncle ada menjual kereta pusing mileage kepada rakyat marhaen?

4. Adakah Uncle ada menjual kereta klon Singapura?

5. Adakah Uncle ada meroyan-royan dan merentan-rentan di dinding kaum Honda Jebon dan Honda Megi?

6. Adakah Uncle ada mengganggu perniagaan saudara Remy?

7. Adakah Uncle ada mengganggu hidup saudara Remy?

8. Adakah Uncle ada mengganggu keluarga saudara Remy?

Jika, ada salah 1 daripada 8 persoalan di atas. Adalah alasan saudara Remy nak memijak Uncle. Tapi, saudara Remy kena ingat, Uncle bukan anak patung yang boleh dipijak-pijak sesuka hati.

Uncle tertanya-tanya, kenapa saudara Remy ini beriya-iya nak membenci SCRUT dan Uncle? Saudara Remy ada jual kereta piang ke? Ada projek kereta klon ke? Ada jual kereta accident ke? Ada jual kereta pusing mileage ke?

Takda sebab rakyat marhaen dan masyarakat Malaysia nak membenci Uncle dan SCRUT. Entah apalah jenayah dan dosa kami buat kepada masyarakat.

Apa kata sahabat-sahabat SCRUT?

๐Ÿ˜‰
Original post:
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with