fbpx

Kenapa orang Malaysia suka sangat kereta recond Jepun?

admin
in SCRUT Tips
Mar 25 ยท

1. Kereta masih baru

Kereta pakai untuk 2-3 tahun je, memang nampak macam baru! Mileage pun still rendah. Kondisi tak jauh beza dengan kereta baru.

.

2. Harga lebih murah

Yelah, kalau dah kereta secondhand mestilah harga lagi murah dari yang baru kan. Model yang sama tapi dapat jimat banyak tu!

.

3. Specs kereta Jepun lebih baik

Jepun kan antara pengeluar kereta yang terhebat di dunia. Jadi, kereta Jepun punya specs lagi gempak dan advanced.

.

4. Lebih banyak pilihan

Kereta recond dari Jepun ada lagi banyak jenis model dari kereta Jepun baru yang sedia ada kat Malaysia ni. Tak semua model kereta Jepun baru masuk ke sini. Memang rambang mata la nanti nak pilih!

TAPI KENAPA BANYAK SANGAT KERETA RECOND JEPUN KAT MALAYSIA?

Banyak kereta Jepun di-reconditioned sebab kos nak pakai kereta kat sana mahal. Jadi, kereta yang baru je pakai kurang dari 5 tahun dijual semula.

Benda paling seram untuk pengguna kereta kat Jepun ialah ujian shaken.

1. Apa tu ujian shaken?

Ujian shaken ni sama macam Puspakom tapi lebih strict dan seram untuk para pengguna kereta. Ujian ni kena renew setiap 2 tahun.

.

2. Apa yang diperiksa dalam ujian shaken?

Tayar yang digolek pada kelajuan 40km/j untuk tengok ketepatan bacaan meter. Tahap karbon monoksida yang kereta hasilkan, bahagian luar dan dalam kereta, setiap komponen kereta akan diperiksa.

.

3. Apa jadi kalau gagal ujian?

Pengguna kena hantar kereta untuk dibaik pulih. Lepas tu ambil semula ujian shaken tu. Kalau gagal jugak, kereta tu tak boleh dipandu di jalan raya negara Jepun.

.

4. Kos terlalu mahal?

Ujian shaken ni untuk kereta kecil je dah boleh cecah RM3700. Belum campur cukai, insuran dan repair. Boleh cecah sehingga RM6000!

Kalau gagal ujian shaken, nak hantar kereta ke workshop pun mahal sebab workshop tak banyak di Jepun. Dah repair pun belum tentu lulus ujian lagi.

Kesudahannya, kereta dijual semula sebab kos nak lalui semua tu tak berbaloi.

Tapi, apa-apa pun korang kena ambil langkah keselamatan jugak sebelum beli kereta recond!

Kena tahu keadaan sebenar kereta dulu sebelum beli.

Kita SCRUT dulu! Jangan kena tipu!

1. Nak check auction report kereta recond?

www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

SCRUT for the TRUTH!

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1067589050392940

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with