“Aku pernah kena. Dan aku tak nak kau jadi mangsa yang seterusnya.”
Dulu, masa aku tengah gatal nak beli kereta, aku jumpa satu unit yang memang “tip top”. Cat berkilat, odometer rendah, penjual kereta kata “tak pernah kemalangan, pakai pergi kerja je.”
Tapi sebab aku jenis paranoid, aku beli laporan SCRUT USEDCAR REPORT. Harga tak mahal RM80 je.
Bila keluar laporan tu, aku terdiam. Rupanya kereta tu pernah kemalangan besar sampai tulang chasis bengkok. Odometer yang ditayang kat meter tu dah kena potong lebih 80,000km.
Ada laporan tuntutan insurans 2 kali sekali sebab kemalangan dan “parts” yang ditukar sebanyak 98, sekali sebab banjir.
Aku tunjuk laporan tu dekat penjual kereta tu. Dia buat muka blur. “Eh, saya tak tahu pun bang”. Ini ayat biasa penjual kereta lah untuk menidakkan kesalahan.
Masalahnya, kalau aku beli tanpa semak, lepas 2 ke 3 bulan pakai, mesti akan rosak. “Gearbox” rosak, “alignment” lari, tayar makan sebelah.
Bila masuk bengkel, mekanik akan cakap, “Bang, ni kereta kemalangan besar ni. Memang masalah.”
Masa tu nak salahkan siapa? penjual kereta? tak guna. Duit dah terbang. Sebab tu aku selalu pesan kat orang, jangan beli kereta ikut mata. Beli ikut data.
Laporan SCRUT ni bukan sekadar kertas. Dia bawa cerita. Dia tunjuk sejarah silam kereta tu pernah kemalangan ke tak, pernah “total loss”, pernah tuntut insurans, odometer original ke tipu.
Kalau sanggup bayar RM30,000, RM100,000 untuk kereta, kenapa kedekut RM80 untuk semak latar belakang dia?
RM80 tu sebenarnya beli ketenangan. Bukan kertas.
Tak payah jadi mangsa baru kau nak insaf.
Semak dulu, baru beli.
Luahan seorang pujangga yang baru faham tentang erti penyesalan.
SCRUT dulu!
#broscrut #broscrutnasihat #scrutcheckdulu #scrut #keretakemalangan #odometerubah
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/1739079440311706/
You must be logged in to post a comment.