Nak lawan kami tiada hujah, jadi fitnah sebagai senjata. Kami sediakan segala fakta melalui dokumen yang valid. Mereka tetap beriman dengan imam mereka, beriman dengan fake account dan beriman tanpa dokumen yang valid.
Rasanya apabila SCRUT melawan, kami akan diserang hanya melalui 1 sumber sahaja. Azman Shifter juga menggunakan sumber yang sama. Bangsa Onexox juga menggunakan sumber yang sama. Sumber yang dah lapuk. Sampai dah boring nak melayan dah. Sumber fitnah yang telah mendapat judgment di mahkamah tinggi. Pemfitnah telah mengaku salah dan meminta maaf. Rujuk link di bawah.
Tapi disebabkan CEO Onexox ni bebal, dia masih “beriman” dengan ceritera rekaan “dewa” dia, Pengiran Luqmanul Hakim Abd Rahim Bolkiah. Apabila imam bangsa Onexox “beriman” terhadap Pengiran, maka bangsa Onexox yang lain turut beriman sekali. Jadi segala dokumentasi yang valid diabaikan kerana kata-kata Imam Onexox mengatasi segala kebenaran. Imam Onexox kata “sembah” Pengiran, maka beramai-ramailah mereka “menyembah” Pengiran. Nak kenal siapa pengiran? Rujuk link di bawah. Make sure jangan gelak guling-guling.
Jadi apa persamaan Imam Onexox dan Pengiran? Mereka berdua kaum uneducated yang bergiat aktif dengan MLM dan ponzi scheme sebelum ini. Imam Onexox dengan Skim Gelang Ajaibnya, Pengiran dengan skim Uinvest. Kedua-dua skim tersebut telah tersontot. Masing-masing mensucikan diri dengan aktif dalam group Ponzi Scheme Alert Malaysia (PSAM).
Tetapi akhirnya Pengiran telah ditendang keluar oleh PSAM kerana menggelapkan dana derma melawan Affiliate Juntion. Itulah kerjaya terbarunya, lawan scammer sambil jadi scammer. Imam Onexox tahu hal ini tetapi dia diamkan, tak berani bertanya. Akhirnya dia juga meninggalkan PSAM dan meneruskan aktiviti menunggang agama dan bangsa. Imam Onexox tetap kekal “beriman” dengan segala kata-kata Pengiran sehingga hari ini.
Kenapa kami pula difitnah?
Kami adalah software house dan IT firm. Kepakaran kami adalah dalam bidang blockchain technology dan cryptocurrency selain software development lain. Jadi kami dihimpit oleh bermacam-macam orang tanpa kami ketahui latar belakang mereka sebelum ini. Kami pernah dipanggil untuk memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada PDRM, BNM, SC, universiti dan banyak lagi.
Apabila kami melawan, memberikan fakta yang benar. Kami diserang dengan fitnah. Hanya untuk menjatuhkan kredibiliti kami. Disebabkan kedangkalan Imam Onexox dan hasad dengki Pengiran, kami difitnah terlibat dengan skim ponzi. Pengiran yang tidak bekerja dan tiada pendapatan itu pernah menghantar “abang angkat” dia untuk negotiate settlement. Katanya dia tahu kami tidak bersalah, tapi kalau nak dia stop menyerang kami, dia minta kami bayar dia. Disebabkan kami tak layan permintaan dia, segala fitnah dia tulis di blog hantu itu just untuk nak malukan kami. Rupanya itulah modus operandi dia untuk dapatkan duit untuk hidup. Imam bangsa Onexox bukan taktau.
Kami akhirnya telah menyaman Pengiran, itu sebab Facebook dia sudah tiada lagi hari ini. Dalam defend dia, dia tak mengaku dan tak menuduh kami sebagaimana dia menulis. Facebook yang memfitnah itu, bukan miliknya. Takpa, nanti kami akan jemput anda semua hadir pada hari perbicaraan untuk mendengar sendiri kebenaran.
Jadi, buat sesiapa yang merindui keletah Pengiran Luqmanul Hakim Abd Rahim Bolkiah, hiburkan hati anda untuk menonton dia berzapin. Ini video clear punya, tak main la record kat celah kangkang. Kami dah tolong tanya, ke mana duit derma melawan Affiliate Junction untuk Kak Ros? Kerana Kak Ros kata, dia tak dapat duit tu. Habis dah duit tu dia sebat, harapnya Bobie Farid tak tumpang sekaki lah..
Disediakan oleh,
Admin Zapin
www.scrut.my
Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/656654388153077?__tn__=K-R