fbpx

Kenapa usedcar selalu pusing mileage dalam 70,000KM ke 100,000KM?

Admin
in Real Story
Aug 16 ยท

Dah jadi trend terbaru penjual kereta terpakai yang nak menipu, diorang akan pusing meter tetapi sudah tidak melampau. Pusing tetap pusing. Penipu tetap penipu. Itu sebab takda penjual kereta berani mubahalah dia clean.

Biasanya kereta 3-7 tahun, diorang akan pusing ke situ sahaja atau base on last mileage record di service center. Sebab warranty kan selalunya 3 tahun atau 100,000km which ever come first. Gitu kan? Terutama selepas kewujudan SCRUT. Diorang pun bijak.

Jadi, penjual kereta terpakai penipu ni, bila dapat kereta yang dah mileage 140,000km, dia akan tengok buku servis. Let say buku servis merekodkan last servis dengan service center adalah 80,000km, jadi dia pusinglah sekitar 90,000km sahaja.

Salesman penipu ni pun tak bodoh. Dia tahu dah jadi trend orang pergi call service center. Dia pun tahu service center akan record last service sahaja. Selepas itu kereta tu buat dekat luar, tiada siapa tahu. Betul tak?

Jadi, bila mangsa tengok kereta dia mileage di kereta 90,000 km dan call service center pula kata last service 70,000km. Dia pun rasa ok, salesman tak menipu. Dia pun beli. Lepas beli, kereta macam-macam rosak.

Uncle cerita sebab baru-baru ini berlaku kejadian seperti ini. Mangsa ni bajet pandai, konon dah call service center. Taknak #SCRUTdulu. Lepas kereta dia ada banyak isu, dia bawa ke SCRUT Auto buat Sii (SCRUT integrity inspection).

Lepas inspector kami cucuk OBD, keluar mileage sebenar adalah 168,000*km, manakala mileage dekat kereta dia 105,000*km. Then barulah dia sedar yang method yang dia yakini (call service center) itu ada โ€œflawsโ€ yang mana penipu dah boleh baca.

Jadi, kesimpulannya Uncle nak kasitau. Tiada sesuatu yang mutlak atau sempurna melainkan Allah. Jadi, kita kena usaha lebih untuk menghampiri kebenaran dan kurangkan risiko sahaja.

Itulah sebab SCRUT ada JAR (Japanese auction report), kemudian AJAR (Advanced auction report), SUR (SCRUT usedcar-accident report), dan SCRUT juga bangunkan pre-purchase inspection yang dinamakan Sii.

Itu semua adalah cara dan jalan usaha untuk mencapai kebenaran yang terbaik dan mengurangkan risiko kelamahan kita sebagai makhluk.

Akhirnya, korang yang nak beli kereta. Korang yang kena decide untuk spend berapa banyak untuk dapatkan kereta yang baik bagi korang. SCRUT hanya sekadar platform yang cuba membantu korang.

Korang pun kena ingat. Salesman penipu ni bukan baru hari ini lahir. Macam-macam cara dia buat nak bagi korang percaya diorang. Ada yang buat content konon dia perpaling jujur. Walhal ada je kes puak-puak diorang ni kantoi jual kereta accident.

Nak percaya SCRUT ke, penjual kereta?

Terserah..

๐Ÿ˜‰

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid084Pze6UTGPutaCwzBjgbV2ARQJ7fPDQpMnmY3beJp2mZYrVea5p4kq5KgLxQFg93l

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with