Aku tetap nak sampaikan kebenaran ini. Sama ada bangsa Onexox tak suka, datang ke sini spam ke, flood ke, maki hamun ke, report ke, kebenaran tetap akan disampaikan.
*Fakta sebenar menurut dokumen SSM.
Onexox dimiliki oleh :
1. Xox Bhd. memegang share sebanyak 60%
2. Onetelco memegang share sebanyak 40%
——
Senarai directors Onexox menurut dokumen SSM :
1. DATO’ SERI ABDUL AZIM BIN MOHD
ZABIDI
2. NG KOK HENG
3. CHAI WOON CHET, DATUK
——-
Senarai directors Xox Bhd.
1. ABDUL AZIM BIN MOHD ZABIDI, DATO’
SERI
2. EDWIN CHIN VIN FOONG
3. SOO POW MIN
4. TAN SIK EEK
5. HEW TZE KOK
6. CHAI WOON CHET, DATUK
——-
Senarai directors Onetelco Sdn. Bhd.
1. MOHD.BADROL IZMAN BIN OSMAN
2. MOHD NOORIEMIE BIN ABDUL KARIM
——-
*Note : Director tak semestinya shareholder.
——-
Kata CEO Onexox, Dato Seri Azim, Ng Kok Heng dan Datuk Eddie Chai (Chai Woon Chet) pegang 60% shareholding Onexox. Hakikatnya ia adalah pendustaan yang nyata. 60% itu dimiliki oleh Xox Bhd. bukan mereka bertiga!
Untuk menjadikan Onexox adalah dimiliki oleh majoriti Melayu, Bumiputera dan Muslim, maka Dato Seri Azim mesti memilik 11% daripada 60% share milik Xox Bhd. Jadi, beliau mesti memiliki share sekurang-kurangnya 19% dalam Xox Bhd.
Berapa share yang dipegang oleh Dato’ Azim dalam Xox Bhd? Aku sudah SCRUT annual report Xox Bhd dan aku dapati beliau memegang sebanyak…
0.05% SAHAJA! Ulang balik 0.05% SAHAJA!
Jadi suara Melayu dalam Xox Bhd. nampaknya agak kelam. Aku tak pasti CEO Onexox pandai atau tidak baca annual report. Kalau baca pun faham atau tidak. Sebab dokumen SSM pun nampak dia tak faham beza shareholder dengan director. Masih celaru.
Dato Seri Azim juga tiada indirect holding pun dekat subsidiary Onexox Sdn. Bhd. Hanya setakat director sahaja di Onexox. Nak kata dia ada control dalam Onexox mewakili Xox Bhd.? Macam tak juga. (Rujuk : Lampiran ke-3)
Sebagaimana yang dinyatakan oleh CEO Onexox yang mana shareholding mereka telah direvise kepada 45/55. Adakah kenyataan tersebut benar? Macam mana nak check? Jangan bimbang, abang ajar caranya. Klik link di bawah.
Xox Bhd adalah public listed company, segala pergerakan share mesti melalui mesyuarat yang direkodkan. Top 30 shareholders kena setuju. Segala aktiviti Xox Bhd boleh disemak di link tersebut. Setakat ini, aku tak jumpa pun revise 45/55. Kalau kau jumpa, tolong screenshot dan share di ruangan komen.
Dengan segala data, fakta dan figura yang telah aku bentangkan maka boleh disimpulkan yang Onexox bukan syarikat bumiputera seperti yang mereka sebut di dalam web rasmi mereka.
Jadi segala kenyataan yang menunggang status Bumiputera adalah misleading dan tidak patuh syariah. Mungkin ia memiliki beberapa ciri syarikat bumiputera seperti yang disebut MOF, tetapi tidak semua.
Jika benar Onexox adalah syarikat Bumiputera, maka tunjukkan saja sijil taraf Bumiputera dari MOF. Jika tiada, tak perlulah berbohong!
Taktau sama ada CEO Onexox ni jahil murakkab atau saja nak spin untuk cover penipuan dia selama ini pada dealer-dealer dia. Harap, adalah accountant yang dekat dengan dia tegur.
Wallahu’alam..
ps : Harap bangsa-bangsa Onexox dapat buat rujukan kepada rakan-rakan anda yang belajar accounting, finance atau corporate management sebelum meroyan macam mat rempit.
Jangan terus percaya kata-kata manusia tanpa SCRUT fakta dulu! SCRUT bukan sekadar untuk kereta recond, tetapi untuk kehidupan supaya kita tidak terus ditipu manusia yang rakus menghina akal manusia.
Disediakan oleh,
The Accountant
www.scrut.my
Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/653536245131558