Telah tular di media sosial yang kereta di bawah ini bukan Toyata MR-S. Saya meminta dealer-dealer SCRUT agar tidak melayan fitnah-fitnah yang dibawa oleh kaum langau hijau dan Mat Telur. Tetaplah kau orang berpegang dengan VP Melayu, Bumiputera dan Muslim kita, Tan Leng Long seperti arahan yang dikeluarkan dengan tulisan khat merah.
Saya menegaskan yang pihak kami mempunyai jumlah saham yang cukup untuk membuktikan kereta di bawah adalah Toyota MR-S, bukan Toyota Supra seperti yang dituduh oleh netizen. Kenyataan rasmi saya ini adalah muktamad dan wajib dipegang oleh semua dealer-dealer SCRUT. Bukti-bukti dokumen dari pihak Toyota juga tidak boleh digunakan kerana saya chairman 0.05% saham.
Justeru saya dengan sukacita memaklumkan yang kereta di bawah adalah Toyota MR-S, bukan Toyota Supra. Kenyataan saya ini juga disokong oleh CEO Mat Telur Gelang Ajaib. Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang masih kata kereta di bawah ini adalah Toyota Supra.
Sekian, terima kasih.
Dato Seri Azam Chai
Sila ke : www.scrut.my
Ingat, get SCRUT before WE SCREWED!
SCRUT for the TRUTH!
Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/685494491935733