Kereta Jepun tapi pakai barang dalaman dari Jerman.

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Jan 13 ·

Kau ingat bila beli kereta Jepun, semua “parts” asal dari Tokyo? Silap besar, bang. Banyak kereta Jepun sebenarnya pakai ‘otak’ dan ‘organ dalaman’ dari Jerman.

Tak ramai tahu, tapi inilah rahsia kenapa sesetengah model Jepun rasa ‘mahal’ bila kena baiki sebab dalam diam, dia pakai teknologi Jerman yang bukan calang-calang.

Berikut 3 model yang orang selalu ingat ‘murah nak jaga’, tapi sebenarnya ada komponen “high-end” dari Eropah. Nak beli, boleh. Tapi jangan sembang “ni kereta Jepun, confirm senang jaga!” kalau tak tahu cerita sebenar.

1. Mazda 6 Skyactiv-D

Mazda pernah keluar versi diesel Skyactiv-D yang sangat jimat minyak, tapi ramai tak tahu enjin dia guna sistem “common rail” yang dibangunkan oleh Bosch pakar “fuel injection” dari Jerman.

Kalau rosak? Haa, kos baiki dia bukan level warung, bang. Nak jimat minyak, boleh. Tapi jangan terkejut bila “injector” rosak, harga dia macam deposit sebiji kereta Axia.

2. Toyota Crown (GWS204 Hybrid)

Model-model Toyota mewah macam Crown ni, ada yang pakai gearbox hasil kerjasama dengan ZF pembuat “gearbox” yang sama untuk BMW dan Audi.

Jadi jangan pelik kalau rasa “smooth gila” bila bawak, sebab dia memang bukan calang-calang. Tapi bila rosak, mekanik pun mengeluh panjang sebab “parts”susah cari dan mahal.

3. Nissan Fuga

Kereta ni target pasaran mewah, dan antara model Jepun yang handling dia rasa ‘ala Jerman’. Rupa Jepun, tapi bila “corner”, rasa macam Mercedes.

Sebab apa? Bosch bantu dalam “tuning suspension” dan sistem kestabilan. Hasilnya? Padu. Tapi bila sensor ABS Bosch mula mengamuk, jangan harap bengkel biasa boleh selesaikan.

Tips Bro SCRUT.

Sebelum beli kereta Jepun “rare” atau mewah, jangan tengok luaran je. Semak dalaman daripada “gearbox”sampai ke ECU. Tak semua ‘Jepun’ tu 100% Jepun. Bila kau tahu model-model ni “hybrid” DNA, baru kau tak tersontot bila repair.

Taknak kena tipu beli kereta, SCRUT dulu!

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0FJ4Hy7KaSCrKEsH1b98bXq63njR7uK4tg4D9UxCmTFBYdQJhNQx7GhqUUyoca5ZHl

    Leave a Reply
    created with