Kereta kemalangan? Ini 5 perkara wajib kau kena buat!

Admin
in SCRUT On Media
Jan 13 ·

Bayangkan tengah memandu kereta elok-elok, tiba-tiba kereta dilanggar. Jantung berdegup laju, kepala mula fikir seribu satu benda. Nak marah ada. Nak menangis pun ada. Tapi dalam situasi cemas, kita kena tenang dan bertindak bijak.

Berikut 5 langkah penting yang WAJIB kau buat kalau terlibat dalam kemalangan

1. BERHENTI & JANGAN LARI

Walau kemalangan tu kecil atau besar, kau WAJIB berhenti. Kalau lari, itu dah dikira kesalahan undang-undang. Pastikan kereta dalam keadaan selamat dan tak halang lalu lintas.

2. AMBIL GAMBAR SEGERA

Ini senjata utama untuk kau tuntut insurans nanti. Ambil gambar posisi kereta dan jika dua-dua kenderaan terlibat ambil gambar plat pihak satu lagi, kerosakan dari pelbagai sudut dan jalan, lampu isyarat, papan tanda berdekatan.

3. TUKAR MAKLUMAT

Ambil maklumat pemandu satu lagi macam nama penuh dan no kad pengenalan, nombor telefon dan jika ada nombor polisi insurans.

Kalau ada saksi, ambil info mereka juga.

4. BUAT REPORT POLIS DALAM MASA 24 JAM

Ramai ingat boleh tangguh-tangguh. SALAH. Laporan polis kena dibuat secepat mungkin dalam tempoh 24 jam untuk elakkan masalah bila nak buat tuntutan insurans.

5. DAPATKAN LAPORAN SEJARAH KEMALANGAN KERETA DI SCRUT www.scrut.my. Kalau kau beli kereta terpakai, pastikan kereta tu tak pernah ada rekod kemalangan berat. Tapi kalau baru ni jadi kemalangan, pastikan laporan dilampirkan masa nak jual balik nanti.

Pembeli akan periksa latar belakang kereta kau!

Ingat! Tak nak kena tipu beli kereta, SCRUT dulu!

#scrut #broscrut #broscrutnasihat #scrutcheckdulu #keretakemalangan #penipuan

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/787279563731260/

    Leave a Reply
    created with