
Biasa dapat skrip macam ini?
Ini gambaran apa jadi bila kau beli kereta tanpa usul periksa sejarahnya.
Kereta nampak cantik luar. Cat kilat, dalaman bersih, harga pun “terlalu menarik untuk dilepaskan.”
Tapi siapa sangka kereta tu pernah kemalangan teruk, pernah masuk bengkel berbulan, pernah “total loss”.
Tapi semua tu disorok. Dibaiki, dicantikkan, dan dijual balik macam tiada apa-apa.
Dan kau pun beli, sebab “deal baik bro!”
Beberapa bulan lepas beli masalah demi masalah muncul:
• Enjin cepat panas
• Tayar haus tak sekata
• Bunyi pelik dari bawah
• Lampu amaran tak padam
• Dan akhirnya, berasap tepi jalan.
Bila jadi macam ni, baru ramai yang mengeluh,
“Kenapa aku tak check dulu?”
“Salah aku ke?”
“Kena tipu ke ni?”
Jawapannya ya. Kau kena tipu, sebab kau malas nak semak.
Sebab tu kami selalu ulang, SCRUT dulu.
Biar kami tolong bongkar sejarah kereta tu.
Pernah kemalangan ? Pernah kena potong sambung? Pernah masuk lelong? Pernah claim insurans?
Semua tu boleh semak, kalau kau nak.
Tapi kalau kau lebih rela percaya pada penjual yang cakap,
“Kereta ni memang jaga elok, tak pernah kemalangan, makcik pakai pergi pasar je.”
Maka bersedialah untuk jadi keluarga dalam gambar ni.
Gambar ni mungkin AI, tapi kisah dia sangat manusiawi.

#KeretaMurahAdaHargaTersembunyi
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02cUhjmm87YCCMq7U5sSaL8fwk3BuXdMXmPboA1CXioiG7mAwzwiTARLBb8aqTSsDl