fbpx

Kereta pernah eksiden ? Macam mana nak tahu?

Detective Scrut
in Real Story
Mar 15 ·

Dealer cakap kereta tak pernah eksiden. Kereta baru je pakai 2 tahun katanya.

Boleh percaya ke?

Selain dari tengok report

SCRUT

, check dulu keadaan kereta.

Apa yang nak kena tengok kalau nak cari kesan eksiden ni?

1. Warna cat berbeza atau bertompok

Kadang-kadang tukang cat rasa macam dah sama betul warna cat yang dia guna. Tapi kita tetap boleh nampak perbezaannya! Tengok dari dekat, dari jauh, dari semua sudut.

Biasanya orang perempuan yang banyak tahu pasal warna ni. Mata yang tajam sebab boleh bezakan hijau lumut dengan hijau tahi lembu. Sila gunakan kepakaran mereka ya!

Antara bahagian kereta yang tukang cat selalu tutup mata dan skip je – housing engine & wheel base. Jadi, make sure cek dua bahagian ni.

2. Ada ‘filler’ atau ‘putty’

Nak tahu ada kesan ‘filler’ dengan ‘putty’ ni senang je, guna magnet. Jangan gesek kuat-kuat pulak kat badan kereta, calar nanti!

Lalukan je magnet pada badan kereta, kalau ada part yang tak lekat tu confirm la dah ada tampal filler.

3. Lampu kereta nampak baru

Tengok usia kereta, kalau dah tua tak kan lampu jernih je macam baru kan?

Kalau lampu depan dengan lampu belakang lain, mungkin dah pernah langgar atau dilanggar. Lampu dah pecah, dia ganti dengan baru.

4. Jarak celah panel

Kalau kereta pernah eksiden teruk, memang sangatlah susah nak baiki bagi sama 100% macam asal. Tengok jurang sebelah kiri dengan kanan bonet belakang.

Kalau tak balance, sebelah macam rapat sangat dan sebelah lagi renggang. Pernah eksiden la tu.

Ada banyak lagi bahagian lain yang boleh tengok. Tapi jangan susah hati, hantar je kereta anda ke

Scrut Auto

dan team kami settlekan!

Boleh tempah sesi inspection di sini > https://inspect.scrut.my

1. Nak check auction report kereta recond?

www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

SCRUT for the TRUTH!

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1058132108005301

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with