Ada yang tahu “BER” tu apa?
Dalam istilah “total loss” ni dia ada dua jenis.
Meh Bro SCRUT terangkan ya.
Actual Total Loss (ATL)
Ini berlaku apabila kenderaan mengalami kerosakan yang sangat teruk atau musnah sepenuhnya, seperti akibat kebakaran, atau kemalangan besar.
Sepatutnya dalam kes macam ini kereta tidak boleh dibaiki atau ditemui semula (contohnya, jika ia dicuri dan tidak dijumpai dalam tempoh tertentu).
Constructive Total Loss (CTL)
Berlaku apabila kos membaiki kereta melebihi peratusan tertentu daripada nilai pasaran semasa (biasanya sekitar 75%-90%, bergantung pada polisi insurans).
Walaupun secara teknikalnya masih boleh dibaiki, ia dianggap tidak berbaloi kerana kos pembaikan terlalu tinggi dan inilah yang banyak terjadi di negara kita.
Syarikat insurans akan bayar je nilai pampasan tu, tapi kita kena ingat dan waspada juga persoalan dimana,
Syarikat insurans boleh kawtim juga ke?
Ada penipuan tak dari adjuster?
Macam mane nak selamat?
Kena ada #mindaskeptikal dan semaklah kenderaan yang bakal nak beli tu sebaik mungkin.
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid026uYYgG1DhEozWLj3Bq9MK7rWPsF3JhJ2YgwHtPuphWR7gvY95JfmLdMR9djAG84Fl