Pernah dapat skrip macam ni bila korang nak beli kereta daripada penjual kereta?
Bila kita nak suruh hantar buat “inspection” dekat Scrut Auto penjual akan tolak dan tuduh SCRUT macam-macam.
Korang rasa kenapa?
Adakah kerana SCRUT telah membuktikan kebanyakkan kereta yang dijual di kedai kereta terpakai ni kereta “total loss”, kereta yang dah pusing odometer?
Adakah penjual penipu seperti ini dah mula tergugat dengan kehadiran SCRUT dan dah tak boleh ‘cari makan’?
Ratusan ribu pengguna telah kami bantu untuk mereka dapatkan laporan kemalangan dahulu sebelum membuat pembelian kereta terpakai.
Rata-rata telah mengucap syukur kerana terhindar dari ditipu dan kena tanggung kerosakan hingga bertahun lamanya.
Dengar sini penjual kereta,
SCRUT bukan hadir untuk menutup periuk nasi kami, SCRUT hadir untuk kamu semua lebih telus menjual kereta.
Buang skrip “lady owner,haji owner, meter rendah dan sebagainya, tapi hakikat kereta tu teruk!
Berniagalah dengan jujur dan amanah. Setiap rezeki yang jujur akan melimpahkan rahmat yang banyak.
Bro SCRUT nak pesan lagi, kalau penjual kereta yang jujur pasti takkan takut dengan SCRUT.
Kalau takut tu korang rasa kenapa ?
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/9778828142166307/